Stop 7
3407

Isu dan Emosi

Artwork
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
3407.Isu dan Emosi(0:00)
0:00
0:00
Mohammad Din sering digambarkan sebagai seorang mistik, dengan matlamat seni untuk menghasilkan karya yang dapat menonjolkan kegelisahan hidup seharian pada zaman moden. Karya berjudul Issues and Emotions, atau Isu dan Emosi, yang dihasilkan pada 1995, mencontohi matlamat tersebut. Di sini, beliau mengumpulkan pelbagai bahan yang merangkumi cebisan surat khabar dan majalah, potongan lengan bersulam baju kebaya dan kepala wayang golek. Karya seni ini memberikan gambaran mendalam mengenai isu-isu yang timbul akibat kepenggunaan massa – dari pemusnahan alam sekitar sehingga rintangan kemanusiaan. Saya juga ingin menarik perhatian anda kepada warna yang digunakan pada karya ini. Di tengah-tengah pelbagai komponen asemblaj di dinding ini, Mohammad Din menghasilkan corak berwarna biru, jingga dan sepia. Beliau percaya bahawa warna tertentu mempunyai kesan terapeutik yang dapat dirasakan oleh sesiapa yang melihat karyanya. Sebagai contoh, warna biru dikatakan bermanfaat untuk penglihatan, warna jingga dapat membantu proses penghadaman, dan sepia membolehkan daya tumpuan yang lebih baik. Kepercayaan ini meliputi bahan yang digunakan juga, dan Mohammad Din sering menyertakan bahan yang dianggap memiliki kebolehan menyembuh ke dalam karya seperti Earth Energy (Tenaga Bumi) dan Earth Energy II (Tenaga Bumi II), yang dapat anda lihat di [kanan / kiri]. Serpihan-serpihan kayu, kulit binatang, cengkerang dan batu permata dalam karya-karya ini masing-masing mempunyai manfaat terapeutik yang khusus. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai minat Mohammad Din dalam perubatan tradisional, anda boleh melihat pameran berhampiran yang merangkumi objek, gambar, dan artikel surat khabar. Katalog pameran ini juga memberi gambaran mengenai amalan perubatan tradisional Mohammad Din.
Transcript
Share