Stop 23
3423

Menyatukan Sains dan Seni

Artwork
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
3423.Menyatukan Sains dan Seni(0:00)
0:00
0:00
Sejak permulaan kerjaya seninya, Lin menganggap sains dan seni memiliki ikatan rapi, dan sering menyertakan unsur sains dalam karyanya walaupun ketika bereksperimen dengan seni abstrak. Pada tahun 1970-an dan 1980-an, komputer semakin menonjol sebagai motif utama dalam karya Lin. Lukisan seperti Distillation of an Apple (Merungkai Sebiji Epal) dan The Computer As Architect (Komputer Sebagai Arkitek) digambarkan oleh Lin sebagai menantikan kelahiran komputer Apple I, dan kemunculan Reka Bentuk Berbantu Komputer (CAD). Beliau juga memberi penghormatan kepada program LOTUS 1-2-3 yang mendahului Microsoft Excel, dengan lukisan Man Machine Dialogue (Dialog Manusia dan Mesin) Astronomi dan penerokaan angkasa lepas ialah sumber daya tarikan lain bagi Lin dan beliau sering mengunjungi planetarium dan observatorium (makmal teropong bintang). Minat ini membawa kepada penciptaan siri karya bertajuk Man and Universe (Manusia dan Alam Semesta), yang menerokai hubungan antara manusia dengan sistem suria dan angkasa lepas. Jika anda perhatikan, persekitaran ruang pameran telah diolah sebagai ruang gelap, seolah-olah seseorang sedang memasuki lubang hitam di angkasa lepas dan ditawan oleh tarikan graviti seniman. Lukisan ini mencerminkan permukaan berbatu-bata di jasad cakerawala dan debu galaksi atau awan gas. Sekiranya anda memerhati lukisan dengan lebih dekat, anda dapat melihat permukaan bertekstur tebal dengan kertas lama, keratan rami dan kanvas yang dilekatkan di atas, tetapi pada masa yang sama, wujud olesan cat yang halus. Paparan abstrak kajian metodisinya mengenai ruang, bunyi dan cahaya banyak terlihat di lukisan Lin pada tahun 1970-an, seperti Son et Lumiere — 3D. Karya tersebut menggambarkan pengalaman luar biasa Lin ketika menonton pertunjukan cahaya dan sinar laser harian di struktur seni bina kuno Acropolis di Athens, Greece. Dengan lukisan ini, Lin telah meraih anugerah utama Tan Tsze Chor pada tahun 1979, yang dianugerahkan oleh Persatuan Seni Singapura.
Transcript
Share