Stop 17
Renungan Pada Yang Tidak Terbatas dan Tanpa Takrif
Artwork
3417.Renungan Pada Yang Tidak Terbatas dan Tanpa Takrif(0:00)
0:00
0:00
Mari alihkan perhatian sekarang kepada sesuatu yang tidak kelihatan dan tidak mudah dijelaskan, seperti yang diterokai dalam dua karya tiga dimensi ini.
Rim of Infinity (Lingkaran Tanpa Batas) adalah karya yang dihasilkan dari respons Eng terhadap sifat kehidupan, masa dan unsur yang tidak diketahui. Ia memaparkan satah tunggal yang bercantum dengan bentuk gelung. Rim itu naik dan jatuh, namun tetap berterusan, tanpa putus atau penghujung. Luangkan masa untuk melihat bayangan yang dipaparkan oleh karya ini juga.
Sekarang lihat ke atas dan sila hampiri bentuk-bentuk yang seperti terapung di udara. Ini adalah model kasar Grains of Thought pada skala kecil, karya yang pada mulanya dikomisyen oleh Muzium Tamadun Asia, dan kini dipamer semula di Jewel Lapangan Terbang Changi. Karya ini ialah lukisan pada bentuk tiga dimensi, bukan pada kanvas, kertas atau tekstil.
Butir beras yang kerdil sebagai titik rujukan adalah pilihan yang cukup peribadi bagi seniman ini. Ia berbicara tentang minatnya terhadap semua hal botani, serta pencariannya untuk subjek yang melambangkan jiwa Asia. Bentuk-bentuk ini begitu menarik dalam kesederhanaan, dan merujuk kepada makanan harian orang Asia, disertakan konsep khasiat, kehidupan serta pengalaman yang dikongsi.
Karya akhirnya adalah lima kali lebih besar daripada model ini, atau sepanjang lima meter. Anda dapat melihat video daripadanya di tablet di dinding di sebelah [kanan / kiri] anda.
Kita sudah tiba di penghujung lawatan bagi pameran Eng Tow - Deria Keenam. Luangkan masa untuk meneroka karya-karya lain di bahagian ini. Terima kasih kerana menyertai saya dan sila lawati Galeri DBS Singapura di Tingkat 2 Sayap Dewan Bandaraya untuk melihat lebih banyak karya seniman ini.