Stop 16
3416

Detik-Detik Merenung Sepi

Artwork
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
3416.Detik-Detik Merenung Sepi(0:00)
0:00
0:00
Dari irama lagun, dan hujan lebat tropika, sekarang kita beralih kepada ketenangan hutan dan taman-taman zen. Karya ini, Gazing into the Temple Pond (Merenung Kolam Kuil), diilhami oleh masa berjam yang dihabiskan Eng Tow untuk merenung ketenangan kolam berusia ratusan tahun di taman-taman dan kuil-kuil di Kyoto. Ketika itu, beliau mengikuti fellowship ihsan Yayasan Jepun. Karya ini dihasilkan pada kertas washi, sejenis kertas tradisional Jepun, menggunakan dakwat, kolaj dan akrilik. Lapisan washi gelap dan lut cahaya membangkitkan suasana kolam zen yang dalam dan tenang, serta lapisan sejarah yang kaya. Sekilas warna merah menunjukkan pergerakan ikan berwarna terang yang ke sana sini di dalam air. Melihat karya tersebut, anda mungkin membayangkan diri anda sedang menikmati ketenangan dan keheningan di air yang dalam. Di bahagian yang sama, anda dapat melihat satu lagi karya menggunakan dakwat Cina, krayon, akrilik dan kolaj. Karya ini menggunakan kertas yang dibuat oleh seniman, dan bertajuk Night in the Forest (Waktu Malam Di Hutan). Ia mengundang penonton untuk mengalami segala yang didedahkan oleh kegelapan kepada kita. Luangkan masa anda untuk melihat lebih banyak karya dalam siri dakwat artis di dinding ini. Setelah selesai, sila ke arca besar yang dipamerkan di tingkat bawah, Rim of Infinity, untuk perhentian seterusnya dalam lawatan anda.
Transcript
Share