Stop 15
Irama Air, Cahaya dan Angin
Artwork
3415.Irama Air, Cahaya dan Angin(0:00)
0:00
0:00
Mengulas tentang minatnya terhadap air, Eng Tow berkata: “Saya memikirkan cahaya yang berubah-ubah: apabila anda melihat air, ia tidak pernah sama. Ia berubah sepanjang masa ”.
Minat tersebut terpancar dalam karya beliau yang bertajuk Irama Lagun.
Di sini, tanggapan Eng Tow mengenai cahaya yang bermain di permukaan air dipaparkan pada kain. Sekiranya anda bergerak ke kiri dan kanan, rona hangat dan bercorak seperti bergabung dengan yang lebih sejuk, mengundang bacaan yang berbeza bergantung kepada perspektif. Ini membangkitkan kesan sementara dan perubahan yang dimiliki seseorang ketika melihat lagun yang tenang.
Potongan beralun ini ialah contoh "pelepasan kain" yang tersendiri, karya yang sinonim dengan Eng Tow pada sekitar lima belas tahun pertama kerjayanya. Untuk menghasilkan karya sebegini, beliau mengolah kain yang rata melalui lipatan jahitan dan lisu atau pleat, sehingga menampakkan ciri visual dengan lebih nyata dan mengaktifkan permukaan.
Dua lagi karya yang dihasilkan pada 1982, Morning Rain over Bali (Hujan Pagi Di Bali) dan Images of Bali, (Imej Bali) menunjukkan cara seniman ini menggunakan lukisan dan warna secara ekspresif pada permukaan kain berlipat. Dalam Morning Rain over Bali, garis-garis pantas pelbagai warna merentas secara serong lipatan kain yang berjarak sekata antara satu sama lain, lantas membangkitkan tenaga dan daya yang mirip hujan lebat. Karya-karya ini diilhami oleh tanggapan Eng ketika kunjungan pertamanya ke Bali, di mana beliau mendapat inspirasi daripada keindahan pemandangan, dengan hutan hujan tropika dan sawah subur yang luas terbentang.
Anda dapat melihat lebih banyak karya kain Eng Tow di sepanjang dinding bilik ini. Setelah selesai, teruskan perjalanan anda untuk melihat satu lagi karya seni berjudul Gazing into the Temple Pond (Merenung Ke Dalam Kolam Kuil). Lawatan anda akan diteruskan di sana.