Stop 14
Eng Tow – Deria Keenam
Eng Tow
Artwork
3414.Eng Tow – Deria Keenam (0:00)
0:00
0:00
Selamat datang ke Eng Tow – Deria Keenam. Nama saya Shujuan. Saya ialah kurator untuk segmen ini dan juru pandu anda.
Dilahirkan pada tahun 1947, Eng Tow ialah seniman Singapura pelbagai disiplin. Karya-karya beliau telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, dan merentasi hampir lima dekad sehingga hari ini. Ia merangkumi karya seni kain, kertas dan media campuran, serta karya tiga dimensi.
Karya Eng Tow sering digambarkan sebagai kontemplatif atau penuh sifat merenung, dengan pendekatan yang bernuansa, halus dan membangkitkan perasaan. Seninya menceritakan hubungan yang erat dengan alam dan inspirasi yang ditemui pada setiap saat yang bersilih ganti, dari siang dan malam. Karya-karya beliau merujuk kepada sifat meditasi, penasaran atau nikmat sementara. Mungkin inilah sebabnya mengapa banyak karya beliau mempunyai sempadan yang tidak ditentukan atau kelihatan terapung di awangan, lantas mengizinkan pelbagai pandangan dan tanggapan.
Sambil anda menelusuri karya-karya ini, kami menjemput anda untuk memulakan perjalanan yang dipimpin oleh intuisi, emosi dan ingatan. Jangan ragu-ragu untuk merenung setiap karya seni, dan hayati pemikiran serta tafsiran anda sendiri.
Di sebelah kanan ialah karya pertama dalam lawatan kita, dari siri Aroma. Diilhamkan oleh aroma Asia, Eng Tow mereka patina yang terdiri daripada banyak lapisan pelbagai warna. Ketika mata dan fikiran anda merasakan nuansa warna yang berbeza, anda mungkin akan terkenangkan rencah lenggok Timur, dan merasakan kehangatan, ketenangan, keakraban atau keselesaan.
Setelah selesai, teruskan ke dinding di [kanan / kiri]. Lawatan anda akan diteruskan di sana.