Stop 13
3413

Kembali ke Singapura: Budaya, Masyarakat dan Sejarah

Artwork
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
3413.Kembali ke Singapura: Budaya, Masyarakat dan Sejarah (0:00)
0:00
0:00
Lama kelamaan, Goh semakin yakin untuk memanfaatkan kesan kolaj yang mirip lukisan. Menggabungkan bahan kegunaan harian dengan lapisan cat dan kaligrafi, beliau mencipta karya peka yang membangkitkan unsur budaya, masyarakat dan sejarah tempatan. Contohnya, cuba lihat Geomancy, yang merujuk kepada tradisi kosmologi Cina, atau fengshui. Di sini, satu bulatan dibahagi menggunakan lapisan benang kepada empat kuadran, melambangkan kompas luopan yang digunakan dalam fengshui. Tema upacara dihidupkan melalui penggunaan kertas pembungkus teh dan kaligrafi Cina, selain warna merah dan hitam yang dramatik. Lukisan di [kanan / kiri] anda, yang berjudul Tea Merchant atau Saudagar Teh, juga merujuk kepada amalan budaya yang biasa: meminum teh. Lapisan segi empat tepat dari kertas beras bertindih dengan kertas pembungkus teh dan label teh Cina, mewujudkan dan memperkayakan permukaan bergambar. Kertas-kertas yang berwarna kuning pucat, diwarnakan di beberapa bahagian tertentu dan berkedut dan berbelak di bahagian yang lain, mewujudkan latar belakang yang menenangkan, diimbangi oleh sentuhan terang label teh. Goh melangkah lebih jauh untuk menggabungkan budaya dengan unsur simbolik dan esoterik pada lukisan besar di [kanan / kiri], bertajuk Fatal Points atau Titik-titik Maut. Di sini, beliau menunjukkan minat terhadap sistem pengetahuan yang berbeza. Goh mengumpulkan fragmen yang kelihatan berbeza: carta perubatan tradisional Cina, rujukan mengenai penciptaan manusia dalam alkitab dan seni Barat, serta simbol bahagian tubuh dan identiti manusia. Lihat di bawah kaki gambar rajah perubatan Cina, di antara pusat karya dan lakaran paling kanan. Adakah anda melihat cap jari? Sekarang sila undur sedikit. Dapatkah anda melihat wajah besar yang sedang merenung ke arah anda? Lukisan ini, yang menggabungkan pelbagai unsur – budaya, simbolik dan material – mengundang tafsiran kreatif penonton sendiri. Ia menggambarkan perkembangan estetika seniman, senada dengan perkembangan seni abstrak yang lebih luas, serta realiti sosial dan kehidupan masyarakat. Kita kini berada di penghujung lawatan audio pameran Goh Beng Kwan: ​Kota Gementar Terima kasih kerana menyertai saya. Untuk melihat lebih banyak karya seniman ini, kunjungi Galeri DBS Singapura di Tingkat 2 Sayap Dewan Bandaraya.
Transcript
Share