Stop 12
3412

Kembali ke Singapura: Reaksi terhadap Pembaharuan Bandar

Artwork
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
3412.Kembali ke Singapura: Reaksi terhadap Pembaharuan Bandar(0:00)
0:00
0:00
Goh kembali ke Singapura pada tahun 1966. Di sini, beliau mendapati dirinya berada di "kota gementar" yang berbeza: baru merdeka, terperangkap di antara tekanan yang bertentangan untuk membangunkan ekonomi yang berjaya di satu pihak, dan membentuk identiti budaya yang utuh di sisi lain. Tema berulang Goh dalam tempoh ini ialah pembangunan semula bandar di Singapura dan kesannya kepada masyarakat. Menggunakan teknik kolaj dan cat akrilik, beliau menggambarkan kota tertekan yang mengalami transformasi drastik dari penghujung 1960-an ke 1980-an. Dengan menggunakan perspektif dari udara, beliau membangkitkan keadaan kota yang sempit, dan menggunakan warna yang beliau rasakan adalah "warna Singapura." Goh sangat berbelah bahagi terhadap isu pembangunan semula. Beliau tinggal dan bekerja di Chinatown, sebuah kawasan yang menyaksikan perdebatan hangat mengenai status pemuliharaannya selama beberapa dekad. Beliau sendiri prihatin tentang betapa rumitnya memilih antara pemuliharaan dan kemajuan. Ini dapat dilihat dalam kolaj Urban Renewal atau Pembaharuan Bandar yang menampilkan palet warna yang riang dan kebanjiran bentuk yang berlainan. Goh dengan sengaja memberikan karya ini rupa mirip conteng, dengan tujuan menjadikan mosaik bandar seperti pemandangan yang tidak sedap dipandang mata. Ia mungkin untuk meninggalkan ulasan tentang bahaya apabila daerah warisan menjadi terlalu komersial. Sepanjang masa ini, Goh juga sibuk merakam ragam dan pesona seni bina sebelum perang, terutama tingkap yang dimamah usia dan permukaan bangunan. Contohnya ialah lukisan kolaj 1987 beliau, Windows atau Jendela. Menggabungkan objek seperti tali dan paku, lukisan ini mempunyai kualiti tiga dimensi yang kasar. Perspektif hadapan bangunan yang yang diperbesar, warna pudar dan perincian tekstur yang lusuh mencipta realisme yang bersifat elegi, arkib dan usang. Selaras dengan gambaran terang di Urban Renewal, karya ini dengan nada nostalgia cuba menyingkap keaslian dan keindahan seni bina tradisional tempatan, sebelum ia hilang ditelan pembangunan.
Transcript
Share