Stop 2
3402

Chng Seok Tin: Dilukis Melalui Pencetak

Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
3402.Chng Seok Tin: Dilukis Melalui Pencetak (0:00)
0:00
0:00
Helo, nama saya Jia Yun, dan saya adalah kurator pameran ini. Selamat datang ke Chng Seok Tin: Drawn Through A Press (Chng Seok Tin: Dilukis Melalui Pencetak) Chng merupakan salah seorang seniman cetak Singapura yang paling terkenal. Beliau lahir pada tahun 1946 dan dibesarkan di sebuah rumah atap di Kampung Chai Chee. Beliau dilatih sebagai guru dan mengajar Bahasa Cina di Sekolah Perempuan Tanjong Katong sebelum memperoleh diploma dalam lukisan Barat di Akademi Seni Halus Nanyang antara tahun 1971 dan 1972. Setelah mengikuti pengajian Tahun Asas di Saint Martin's School of Art di London, Chng melanjutkan pelajaran dalam bidang seni cetak di Hull College of Higher Education pada tahun 1976. Ini membawa kepada perjalanan lebih jauh ke seluruh Eropah dan Amerika Utara untuk mengasah kemahirannya. Pada 1986, beliau berkenalan dengan Brother Joseph McNally, pengasas Maktab Kesenian LASALLE. Dedikasi dan minat beliau terhadap seni meyakinkan Chng untuk menyertai tenaga pengajar di maktab tersebut, di mana beliau mengetuai jabatan seni cetak. Pameran ini memaparkan eksperimen inovatif Chng dalam seni cetak, didampingi tajuk-tajuk bahagian yang diambil daripada tulisannya yang diterbitkan, di mana seni dan penulisan pernah disifatkan Chng sebagai 'cinta berkembarnya.’ Karya-karya di tempat laluan dan bahagian pertama galeri ini memberi fokus pada karya Chng semasa belajar di Hull, United Kingdom. Di lokasi sebegini, Chng dapat memanfaatkan tekstur dan kontur landskap semulajadi untuk menjana seni cetaknya. Beliau juga dapat menggarap pengalaman unsur-unsur alam seperti air dan dataran tanah yang rata dan terbuka di Iowa, Amerika Syarikat. Di antara lakaran dan cetakannya terdapat paparan yang jelas, yang menampilkan beberapa alat kerja Chng, seperti mesin cetak dan piring pencetak. Apabila anda selesai, lawatan akan diteruskan di luar bahagian pertama ini.
Transcript
Share