Stop 10
Wanita Tidak Berpakaian
Georgette Chen
Artwork
3210.Wanita Tidak Berpakaian(0:00)
0:00
0:00
Karya ini adalah salah satu lukisan bogel yang Chen pamerkan. Ia satu contoh latihan klasikal awal beliau dan menonjolkan kemahiran dan teknik yang beliau pelajari sebagai seorang penuntut seni.
Tumpuan lukisan ini adalah badan si model. Secara kontras, raut muka model tidak jelas, dengan pandangannya berpaling ke arah lain dari para penonton..
Chen menonjolkan lekuk tubuh model dan menimbulkan bahagian badannya melalui teknik sapuan bebas dan menggunakan cat yang tebal. Teknik ini, digelar impasto, mewujudkan variasi dalam tekstur. Lihat lukisan dengan teliti dan anda akan melihat bagaimana impasto boleh timbul melebihi permukaan kanvas, mewujudkan dimensi dan volum. Dengan cara sedemikian, Chen menarik perhatian kepada pinggul dan paha model , di mana sehelai kain direntangkan secara artistik.
Manakala Chen terkenal disebabkan potret-potretnya, lukisan-lukisan dan lakaran bogel beliau sangat jarang terjumpa. Ini ialah satu-satunya lukisan cat minyak bogel oleh Chen yang diketahui wujud dalam koleksi kesenian awam.
Kemungkinan Chen telah menghasilkan karya ini semasa menjalani pendidikan seni rasmi beliau di Paris, begitu juga dengan lakaran bogel yang anda lihat di sepanjang koridor ini.
Pengajian bentuk figur merupakan satu komponen asas dalam kurikulum semasa latihan akademik Chen di Académie Colarossi dan Académie Biloul. Melakar dan melukis model yang berbogel, berbanding dengan bekerja berdasarkan acuan plaster, merupakan satu cara penting untuk pelukis membentuk kemahiran mereka dalam menhasilkan bentuk manusia.
Artwork details
- Artwork Title
- Nude Woman
- Artist
- Georgette Chen
- Time Period
- 1932
- Medium
- Oil on canvas
- Extent Dimensions (cm)
- Image measure: 71.5 × 53.5 cm
- Credit Line
- Collection of National Gallery
- Geographic Association
- Singapore
- Accession Number
- 2020-00222