Stop 11
Titik Perhentian: Lukisan Eugene Chen
Georgette Chen
Artwork
3211.Titik Perhentian: Lukisan Eugene Chen(0:00)
0:00
0:00
Suami pertama Chen, Eugene Chen, ialah satu daripada subjek kegemaran beliau. Beliau merupakan seorang yang paling ditonjolkan dalam banyak potret hasil lukisan Chen. Karya-karya ini
sering menggambarkan Eugene ketika sedang berfikir atau merenungkan sesuatu.
Tiga buah potret Eugene di hadapan anda telah dilukis antara tahun 1939 dan tahun 1945. Ini adalah tahun-tahun Perang Dunia Kedua ketika Chen dan Eugene telah diletakkan di bawah pengawasan, pada mulanya di Hong Kong, kemudian Shanghai. Tidak dibenarkan keluar rumah, Chen melukis banyak pemandangan dalaman sepanjang tempoh ini. Hasilnya, karya-karyanya tertumpu kepada potret Eugene, atau komposisi “still life”.
Chen secara konsisten menggambarkan Eugene dengan raut wajah yang muram seperti sedang berfikirkan sesuatu. Anda mungkin melihat di kalangan potret-potret ini , yang salah satu tangan Eugene selalunya di diletakkan di dahinya, atau di pipinya. Ini menunjukkan tumpuan, bersama dengan sapuan berus kering dan warna-warna gelap, kemungkinan membayangkan tanggungjawab Eugene yang berat sebagai menteri luar pertama Repablik China di bawah Sun Yat Sen. Beliau selalunya digambarkan dengan cermin matanya atau memegang buku dalam satu tangan, kedua-duanya melambangkan beliau sebagai seorang intelektual yang berpengetahuan luas.
Eugene menyokong amalan artistik Chen sepanjang perkahwinan mereka, dan Chen pernah sekali mengatakan ini: "Beliau sentiasa bersedia untuk bergaya untuk saya. Itu selalu membantu seorang artis."
Namun, Eugene meninggal dunia pada bulan Mei 1944 dan tidak dapat melihat perang berakhir.
Artwork details
- Artwork Title
- Portrait of Eugene Chen
- Artist
- Georgette Chen
- Time Period
- c. 1940–1945
- Medium
- Oil on canvas
- Extent Dimensions (cm)
- Image measure: 46 × 38 cm
- Credit Line
- Collection of National Gallery Singapore
- Geographic Association
- Singapore
- Accession Number
- P-0823