Stop 9
3209

Pengenalan kepada Galeri WGZ

Archive
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
3209.Pengenalan kepada Galeri WGZ(0:00)
0:00
0:00
Galeri ini bermula dengan membawa kita kembali ke zaman kanak-kanak Chen, latihan artistik awalnya, dan amalan artistiknya semasa tahun-tahun 1930-an hingga 1950. Karya-karya dan bahan-bahan arkib yang dipamerkan di sini adalah daripada lima dekad pertama kehidupan Chen, sebelum beliau berpindah, secara kekal, ke Singapura. Walaupun Chen dilahirkan di Zhejiang, China, pada tahun 1906, namun keluarganya telah berhijrah ke Paris ketika beliau berumur lapan tahun. Karya seni di sepanjang koridor ini mencerminkan pendidikan awal Chen dalam seni dan latihan klasikalnya di akademi di Paris. Dalam pameran paling dekat dengan anda, anda boleh melihat gambar-gambar zaman kanak-kanak dan kehidupan awal Chen. Keluarganya berpindah ke New York berikutan tercetusnya Perang Dunia Pertama. Chen kemudian kembali ke Paris bersendirian pada tahun 1927, di mana beliau belajar di Académie Colarossi dan Académie Biloul. Beliau menikmati kebebasan kreatif yang didapatinya di bandar itu, beliau mengatakan dalam satu wawancara bahawa seorang artis boleh "keluar dan melihat di sekelilingnya dan melukis apa sahaja yang disukainya." Dalam galeri ini, anda akan menyaksikan latihan klasikal Chen diberikan contoh dalam lukisan bogelnya, “still life”, dan en plein air atau pemandangan luar, lanskap. Karya seni ini menyertakan teknik komposisi, warna , dan perspektif yang beliau pelajari. Anda juga akan menyaksikan pemandangan dalaman Chen yang dilukis beliau semasa Perang Dunia Kedua, dan digelarnya "hari-hari gelap penjajahan Jepun". Sambil anda bergerak melalui galeri ini, sila berhenti di dua buah pameran lain yang bakal anda temui. Pertama, hanya di balik selekoh, yang mempamerkan keratan akhbar dan majalah yang menyebut pameran-pameran salon Chen , dan pameran solo pertama beliau di Galeri Barreiro pada tahun 1936. Pameran terakhir, sebelum pintu keluar, menonjolkan kemasyhuran Chen yang bertambah sebagai seorang pelukis yang aktif. Di sana, anda boleh melihat keratan akhbar dan risalah-risalah katalog berkaitan dengan pameran-pameran solo beliau merentasi tiga buah benua dari tahun 1943 hingga 1950.
Transcript
Share