Stop 8
3208

Titik Perhentian: Perjalanan ke Pantai Timur Malaya

Georgette Chen
Artwork
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
3208.Titik Perhentian: Perjalanan ke Pantai Timur Malaya (0:00)
0:00
0:00
Lukisan-lukisan di hadapan anda telah dihasilan ketika satu lawatan ke pantai timur Malaya pada tahun 1960. Selama lebih sebulan pada bulan Ogos, Chen telah memandu keretanya dari Singapura ke Kuala Lumpur , dan terus ke pantai timur Malaya untuk mencari inspirasi. Chen bereksperimentasi dengan pemotretan pemandangan luar dalam Penjaja Pantai Timur. Tudung merah menyala si penjaja dengan segera menarik perhatian, membingkaikan wajahnya yang lusuh satu penanda bagi kehidupan beliau yang banyak berada di pesisiran pantai. Penjaja Pantai Timur mengutarakan tema kegemaran Chen iaitu ibu dan anak, dan ini boleh dilihat dalam contoh-contoh lain di galeri berikutnya. Wajah lusuh yang dilapik umur si ibu amat berkontras dengan kecergasan anak-anaknya. Penggunaan warna Chen turut dipamerkan dalam Pondok Rehat (Terengganu). Perhatian anda segera tertarik kepada lelaki yang duduk di tengah-tengah, yang berpakaian merah terang dan hijau , dan menonjol menentang warna kuning dan kecoklatan dari latarbelakang pasir dan tepian pantai. Pemandangan Pasar Terengganu, di sebelah kiri, menggambarkan pemandangan di sebuah pasar yang sibuk, sambil pembeli dan penjual berkumpul mengelilingi bakul-bakul berisi buah-buahan dan hasil tanaman. Kesibukan pasar dihidupkan dengan penggunaan warna cerah oleh Chen. Perhatikan lebih dekat, adakah anda dapat melihat setiap individu berdasarkan warna pakaian mereka? Setiap individu menonjol dari kesesakan ini, tetapi kesemuanya juga bergabung dalam satu keharmonian yang menyenangkan. Di sini, Chen bereksperimentasi buat kali pertama dengan menggambarkan ramai orang dalam sebuah lanskap. Ini ialah satu pendekatan yang beliau akan kembali gunakan dua tahun kemudian dalam lukisan beliau Acara Perkahwinan Melayu, yang ditampilkan di permulaan galeri ini. Pengembaraan Chen merupakan satu cara untuk beliau meneruskan pembangunan perspektif dan amalan artistik beliau. Pengembaraannya mengelilingi rantau lama-kelamaan membawa kepada eksperimentasi dan evolusi karya-karyanya.
Transcript
Share
Artwork details
Artist Name
Georgette Chen
Full Title
East Coast Vendor
Time Period
1960
Medium
Oil on canvas
Extent Dimensions (cm)
Dimensions 2D: Image measure: 92 x 73 cm
Credit Line
Collection of National Gallery Singapore
Geographic Association
Singapore
Accession Number
P-0804