Stop 7
Titik Perhentian: Lukisan ‘Still Life’
Georgette Chen
Artwork
3207.Titik Perhentian: Lukisan ‘Still Life’(0:00)
0:00
0:00
Perasankah apa-apa persamaan di kalangan lukisan-lukisan ”still life” ini? Adakah terdapat satu objek yang mengaitkan kesemuanya?
Satu alat prop yang sering muncul adalah bakul. Tetapi ia tidak pernah bakul yang sama — Chen melukis bakul-bakul berbeza untuk dipenuhi dengan buah-buahan tropika, dalam gubahan untuk lukisan “still life” beliau.
Perhatikan perincian dan keprihatinan yang diambil Chen untuk melukis pelbagai anyaman bakul, dari anyaman terbuka dalam Rambutan Manis di dinding kiri, sehinggakan anyaman bersilang untuk bakul yang berisi kelapa dalam Kelapa dan Cili, di bahagian paling kanan anda.
Lukisan-lukisan ”still life” ini telah dihasilkan dalam tahun-tahun setelah Chen berpindah ke Singapura. Chen secara berterusan bereksperimentasi dengan komposisi dan tekstur untuk menghasilkan kualiti terbaik bagi subjek yang dipilihnya. Dalam Rambutan Manis, Chen menggunakan sapuan berus cepat dan pendek untuk menonjolkan bulu rambutan itu. Sebaliknya, beliau menggunakan sepenuhnya, sapuan rata untuk menggambarkan dengan berkesan, isi rambutan yang berkilau.
Karya-karya ”still life” Chen akhirnya memuncak dengan terhasilnya Simfoni Teratai, lukisan yang di dinding di sebelah kanan anda.
Ia adalah satu-satunya karya beliau yang dihasilkan dalam format panoramik. Ambil sedikit masa untuk menghayati butiran lukisan yang menakjubkan ini. Perasankah anda terdapatnya pelbagai tahap kemekaran bunga teratai, dari yang tertutup rapat sehingga yang terbuka luas? Terdapat juga seekor lebah di bahagian tengah, berterbangan di atas bunga teratai yang mekar.
Chen tertarik dengan bentuk unik dan jumlah teratai yang banyak yang beliau lihat di taman rakannya, dan beliau telah menghabiskan masa beberapa minggu di "syurga teratai" ini, di mana beliau telah melukis en plein air atau pemandangan luar.
Artwork details
- Artist Name
- Georgette Chen
- Full Title
- Tropical Fruits
- Time Period
- 1969
- Medium
- Oil on canvas
- Extent Dimensions (cm)
- Dimensions 2D: Image measure: 73 x 92 cm
- Credit Line
- Gift of the artist. Collection of National Gallery Singapore.
- Geographic Association
- Singapore
- Accession Number
- P-0811