Stop 6
Pameran 2: Chen dan komuniti seni
Archive
3206.Pameran 2: Chen dan komuniti seni(0:00)
0:00
0:00
Chen menjadi tokoh penting dalam bidang seni di Singapura selepas lawatan beliau pada tahun 1953. Dokumen dalam dua pameran ini menjelaskan sumbangan Chen untuk , dan pengiktirafan dari, komuniti seni di sini.
Chen mengajar melukis dan lukisan cat minyak secara sambilan selama tiga dekad di NAFA. Permohonan asal beliau untuk mendaftarkan diri sebagai seorang guru ada bahagian di paling kiri. Beliau bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai seorang pendidik di sana, tetapi juga sebagai seorang mentor kepada satu generasi artis akan datang. Pelajar-pelajarnya termasuk pengukir Ng Eng Teng dan pelukis Thomas Yeo, yang karya-karya mereka boleh dilihat di Galeri DBS Singapura.
Chen menyertai Persatuan Seni Singapura, dan merupakan anggota aktif di sana selama berdekad-dekad. Beliau seorang peserta tetap dalam pertunjukan tahunan persatuan itu, dan kemudian dilantik sebagai seorang anggota majlis pada tahun 1959.
Dalam tahun-tahun1970-an, Chen menyandang jawatan pentadbir Dana Yayasan Lee untuk Penggalakan Bakat Tempatan dalam Seni Halus. Peranan beliau termasuk memberi kelulusan untuk pembiayaan pameran, dan menyokong institusi tempatan seperti Angkatan Pelukis Aneka Daya, atau APAD, sebuah masyarakat artis tidak berasaskan keuntungan. Rakan dan bekas pelajar Chen, Rohani Ismail, yang potretnya telah anda lihat awal tadi, juga merupakan seorang artis dan anggota utama APAD.
Pada tahun 1974, APAD telah menganugerahkan Chen Pingat APAD, atas dedikasi dan sumbangan beliau bagi pembangunan seni visual di Singapura. Anda boleh melihat sijil asal untuk pingat ini di bahagian "APAD dan Komuniti Seni".
Reputasi Chen sebagai seorang artis dan guru bermakna beliau sering dijemput untuk menjadi juri undangan untuk menyertai jawatankuasa pengadilan untuk pelbagai pameran kesenian. Turut dipamerkan adalah beberapa surat undangan rasmi kepada Chen untuk menyertai panel-panel sedemikian, seperti Pameran Seni pada Hari Kebangsaan 1971.
Bersama, dokumen-dokumen ini menggambarkan Chen sebagai seorang tokoh penting yang aktif dalam membentuk zaman pembentukan lanskap seni Singapura.