Stop 5
Titik perhentian: Potret
Georgette Chen
Artwork
3205.Titik perhentian: Potret(0:00)
0:00
0:00
Chen terkenal kerana menggambarkan secara sensitif subjek yang duduk di dalam lukisannya. Manakala beliau mengambil kerja melukis potret sebagai sumber mencari nafkah, beliau turut menggunakan cara ini untuk melukis wajah-wajah rakan-rakannya dan mereka yang dekat dengan beliau.
Potret seperti Rohani and Potret Keluarga merupakan orang-orang yang Chen kenal secara peribadi. Rohani Ismail, yang potretnya di sebelah kiri, merupakan seorang pelajar Chen di Akademi Seni Halus Nanyang.
Beliau juga merupakan salah seorang rakan Chen di dalam komuniti seni Melayu. Chen fasih berbahasa Melayu dan banyak menulis surat kepada mereka dalam bahasa Melayu. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang hubungan Chen dengan komuniti seni Melayu melalui beberapa bahan dalam pameran di belakang anda.
Potret Keluarga, yang boleh dilihat di hadapan anda, menggambarkan kawan lama Chen dalam satu lukisan yang meraikan kedekatan keluarga mereka. Subjek potret ini, iaitu keluarga Chen, tiada tali persaudaraan dengan Georgette dan sebenarnya merupakan jiran-jirannya ketika beliau tinggal di Pulau Pinang.
Ia adalah salah satu lukisan potret Chen yang luar biasa kerana ia menampilkan sekumpulan subjek yang sedang duduk. Setiap ahli keluarga bergaya secara berasingan dalam sesi-sesi berbeza, dengan Chen mengarahkan cara gaya mereka. Ayah di bahagian kiri atas, Chen Fah Shin, adalah subjek terakhir yang dilukis. Gaya bersahaja subjek-subjek dalam lukisan ini mewujudkan suasana penuh kemesraan dan santai.
Anak gadis di sebelah kanan dalam Potret Keluarga ialah Dorothy Chen, yang menjadi subjek sebuah lukisan awal Chen kira-kira dua tahun sebelum karya ini dibuat. Chen mempunyai hubungan yang rapat dengan Dorothy. Mereka sering bertukar-tukar surat sesama mereka, sehingga Dorothy menganjak dewasa.
Artwork details
- Artist Name
- Georgette Chen
- Full Title
- Family Portrait
- Time Period
- c. 1954–1955
- Medium
- Oil on canvas
- Extent Dimensions (cm)
- Dimensions 2D: Image measure: 161.5 x 130.2 cm
Dimensions 3D: Frame Measurement: 184.5 x 153.1 x - Credit Line
- Gift of the artist’s estate. Collection of National Gallery Singapore.
- Geographic Association
- Singapore
- Accession Number
- 1994-04123