Stop 4
Titik perhentian empat lukisan: Pameran solo pertama
Georgette Chen
Artwork
3204.Titik perhentian empat lukisan: Pameran solo pertama(0:00)
0:00
0:00
Chen baru sahaja berada di Pulau Pinang selama dua tahun sebelum pameran solo pertamanya dibuka di Dewan Perniagaan Cina Singapura pada tahun 1953. Pencapaian luar biasa ini adalah penanda penting ketibaan Chen di Malaya.
Empat buah lukisan yang anda lihat di sini, adalah antara kira-kira 80 buah lukisan yang dipamerkan di pameran 1953 itu. Ia termasuk karya-karya beliau dari perjalanan terdahulu Chen sekitar China dan Amerika, ini menggambarkan Chen sebagai seorang artis yang banyak mengembara dan mantap. Beliau turut mempamerkan karya yang menampilkan lanskap Malaya buat kali pertama di pameran ini.
Chen terpesona dengan rumah barunya di kawasan tropika , dan beliau ingin menggambarkan cahaya dan lanskap di sekeliling beliau.
Batu Ferringhi (Pulau Pinang), di kiri anda, mengilustrasikan kemahiran Chen dalam melukis en plein air, atau pemandangan luar. Beliau menggambarkan cahaya matahari yang menembusi celah-celah daun kelapa dengan sapuan berus pendek dan cepat dalam pelbagai warna. Chen menulis dalam diarinya yang beliau menyempurnakan lukisan itu dalam lima hari, dengan mengerjakannya selama beberapa jam setiap hari.
Lombong Bijih Timah (Ipoh), di dinding sebelah kiri anda, menunjukkan minat Chen untuk mengembara di rantau ini ketika beliau di Malaya. Perhatikan betapa kayanya warna-warna coklat, jingga dan merah yang Chen sengaja pilih untuk mengilustrasikan lanskap yang lasak. Warna-warna ini seterusnya ditonjolkan oleh penggunaan strategik warna-warna dingin seperti kelabu dan biru. Dalam melukis lanskap ini, Chen menyesuaikan warna peletnya untuk memberikan gambaran terbaik suasana persekitaran beliau yang berbeza-beza.
Pameran ini juga merangkumi Potret Diri yang amat menarik. Dilukis selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1946 ketika Chen sedang berada di China, skala potret diri ini menekankan kesungguhan Chen dan tumpuan dalam mengetengahkan dirinya sebagai seorang artist profesional. Profil beliau memenuhi seluruh bingkai, dan ini mengukuhkan kewujudan beliau.
Artwork details
- Artist Name
- Georgette Chen
- Full Title
- Tin Mine (Ipoh)
- Time Period
- c. 1953
- Medium
- Oil on canvas
- Extent Dimensions (cm)
- Dimensions 2D: Image measure: 65 x 81 cm
Dimensions 3D: Frame measure: 80.2 x 96.7 x 6.8 cm - Credit Line
- Gift of Lee Foundation. Collection of National Gallery Singapore.
- Geographic Association
- Singapore
- Accession Number
- P-0794