Stop 3
Pameran 1: Surat “Kepada Sahabat"
Archive
3203.Pameran 1: Surat “Kepada Sahabat"(0:00)
0:00
0:00
Pameran ini mengandungi sepucuk surat yang ditulis oleh Chen di bahagian paling kiri. Beliau mengirimnya kepada rakan-rakannya di Paris pada bulan Jun 1951, tidak lama selepas beliau tiba di Pulau Pinang, Malaya.
Perhatikan lebih dekat pada alamat di bahagiain kiri atas: 52 MK-13 Kampung Ayer Itam Pulau Pinang, Malaya. Ini mungkin kali pertama alamat baru Chen di Malaya telh muncul di surat-surat beliau, menandakan yang beliau berada di Pulau Pinang.
Surat ini, yang ditulis dalam bahasa Perancis, penting khususnya kerasetelah berpinna ia mendedahkan tanggapan pertama Chen dah ke Pulau Pinang, yang beliau gambarkan sebagai "Syurga di Bumi".
Di sini, Chen menulis tentang minat barunya dalam perkara seperti buah tropika dan lanskap khatulistiwa. Beliau bercakap dengan keceriaan tentang lanskap, masyarakat, buah-buahan, dan pemandangan di Malaya: "Pokok -pokok buah sarat dengan buah-buahan ... pisang, kelapa, dan banyak lagi, semua sedia untuk diambil oleh mereka yang berani memanjat pokok. Alam semulajadi itu banyak penghasilannya dan subur. Kehijauan yang menakjubkan!" Aspek ini akan terus mendorong karya seninya dalam tahun-tahun mendatang.
Selain keterujaan inspirasi artistik, Chen juga memberikan pengemaskinian ke atas kehidupan profesionalnya. Beliau berkongsi kisah tentang diambil sebagai seorang guru seni di Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang, yang menunjukkan bagaimana beliau mencari nafkah di Malaya. Menulis surat adalah satu cara penting bagi Chen untuk mengekalkan perhubungannya dengan rakan dan keluarga di Perancis dan China.