Stop 2
Acara Perkahwinan Melayu
Georgette Chen
Artwork
3202.Acara Perkahwinan Melayu(0:00)
0:00
0:00
Dalam Acara Perkahwinan Melayu, Chen menggambarkan sambutan perkahwinan di sebuah padang terbuka di hadapan Akademi Seni Halus Nanyang, atau biasa dikenali sebagai NAFA. Beliau telah mengajar di NAFA dari tahun 1954 sehingga 1980, dan telah memerhatikan perayaan ini dari sekolah itu. Sebuah pemandangan dalam kehidupan seharian dalam tahun 1960-an yang menunjukkan kecenderungan Chen dalam menggambarkan kegembiraan kehidupan biasa.
Para tetamu jemputan perkahwinan yang berpakaian warna terang dan cerah berkumpul di bawah khemah, sambil makan dan menonton pancaragam yang sedang bermain muzik. Penggunaan warna Chen mengilustrasikan perayaan dan kegembiraan. Bentuk para tetamu jemputan semuanya digabungkan secara harmoni, tanpa dihadkan oleh warna pakaian mereka yang cerah dan berbeza-beza.
Perhatikan lebih dekat pokok dan perhiasan di bahagian kiri khemah. Perasankah anda bagaimana Chen menggunakan teknik sapuan berus untuk menggambarkan tekstur? Misalnya, sapuan berus pendek impresionis digunakan untuk melukis daun di pokok itu berbeza dengan sapuan berus halus dan tepat untuk bunga manggar yang terletak di bawah pokok itu. Walaupun sapuan berusnya berkontras, secara keseluruhan masih terdapat satu kepaduan dalam lukisan ini.
Artwork details
- Artwork Title
- Malay Wedding
- Artist
- Georgette Chen