Stop 1
Pengenalan
Georgette Chen
Artwork
3201.Pengenalan(0:00)
0:00
0:00
Selamat datang ke lawatan beraudio Georgette Chen: Selesa di Dunia.
Lawatan ini membawa anda menelusuri hidup Chen yang menarik, amalan dan sumbangan penting yang dilakukan untuk merubah lanskap artistik pada masanya. Sambil anda mengikuti lawatan karya-arya seni utama Chen ini, pastikan juga anda mengambil masa untuk meneroka bahan arkib dipamerkan, sebahagiannya dipamerkan buat kali pertama.
Tiga buah lukisan yang anda lihat ini memaparkan perkara-perkara kegemaran Chen: “still life”, manusia, dan lanskap. Chen diinspirasikan oleh kehidupan harian , dan lukisan-lukisannya mencerminkan butiran seharian persekitaran banyak negara-negara di mana beliau pernah menetap.
“Still Life” (Meja Perayaan Bulan) ialah satu contoh yang baik bagaimana Chen memilih setiap objek dengan berhati-hati untuk ditampilkan dalam lukisan-lukisan “still life” beliau. Di sini, tanglung dan buah limau bali dikaitkan dengan Perayaan Pertengahan Musim Luruh, atau Perayaan Bulan, dipaparkan dalam rona-rona perayaan yang cerah dan ceria seperti merah, hijau dan kuning. Kuih bulan Teochew tradisional dan kuih bulan bakar yang sangat penting ketika perayaan itu dapat dilihat di bahagian tengah meja.
Lukisan “Still Life” lazimnya mempunyai komposisi yang mendatar. Tetapi perhatikan bagaimana Chen menukar kebiasaan di sini dengan menyertakan dua tanglung yang digantung di atas meja. Tumpuan kita bukan sahaja teralih kepada kuih bulan, tetapi juga tanglung yang bergantungan di atasnya.
Pinggir Air Singapura
mempamerkan kemahiran Chen dalam menggambarkan cahaya dan air. Cara beliau mewarnakan langit dan awan dengan sapuan berus yang rata, dan bahagian airnya palitan kecil warna, dapat menangkap pergerakan dan mood pemandangan di tepian sungai ini, dan menghidupkan lukisan ini.
Acara Perkahwinan Melayu, yang ditampilkan dalam perhentian berikut dalam lawatan ini, menonjolkan kepakaran Chen dalam pilihan warna dan melukis orang ramai, apabila beliau mengetengahkan sebuah lukisan sambutan perkahwinan yang rancak dan bertenaga.
Lukisan ini memberikan satu imbasan karya-karya seni yang boleh anda jangka untuk dilihat pada pameran ini. Karya seni Chen menunjukkan perspektif unik rantau ini melalui gaya beliau yang tersendiri — yang berakar umbi dari latihan akademik awalnya di Paris dan New York , dan keghairahan beliau dalam menggambarkan kehidupan masyarakat di sekelilingnya.
Artwork details
- Artist Name
- Georgette Chen
- Full Title
- Still Life (Moon Festival Table)
- Time Period
- 1962
- Medium
- Oil on canvas
- Extent Dimensions (cm)
- Dimensions 2D: Image measure: 73 x 60 cm
- Credit Line
- Collection of National Gallery Singapore
- Geographic Association
- Singapore
- Accession Number
- P-0805