Stop 3
Tentera Jepun Menyerah Kalah
Ruang Legar Dewan Bandaraya, Sayap Dewan Bandaraya, Aras 2
Archive
103.Tentera Jepun Menyerah Kalah(0:00)
0:00
0:00
Satu detik bersejarah yang berlaku di City Hall ialah penyerahan kalah secara rasmi oleh tentera Jepun pada 12hb September 1945.Ini menandakan berakhirnya pemerintahan Jepun ke atas Singapura.Delegasi Jepun diketuai oleh Jeneral Itagaki Seishiro, diiringi oleh askar Tentera Bersekutu, berjalan ke arah City Hall untuk menandatangani Surat Penyerahan Kalah.
Daripada kenyataan saksi:
"Di tangga, ada pengawal upacara, kemudian tentera Jepun tiba.Kalau tidak silap saya, Marsyal Lapangan Terauchi yang menyerahkan pedangnya. Sudah tentu gembira kerana itu merupakan hari yang semua orang nantikan... (Apabila Jepun datang, suasananya) amat senyap.Apa yang berada di fikiran rakyat adalah 'Adakah ini benar-benar berlaku? "
Apabila anda sudah bersedia, kembali ke senarai hentian utama.