Stop 2
102

Pengenalan Bangunan dan Tangga Kerajaan

Ruang Legar Dewan Bandaraya, Sayap Dewan Bandaraya, Aras 2
Mulakan di Galeri Nasional Singapura, Concourse, Aras 1
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
102.Pengenalan Bangunan dan Tangga Kerajaan(0:00)
0:00
0:00
Anda sepatutnya berada di tingkat dua bangunan City Hall. City Hall dan bangunanSupreme Court lama terletak sebelah-menyebelah di Saint Andrew’s Road, bertentangan dengan padang besar dikenali sebagai Padang. Selama bertahun lamanya ia menjadi senibina yang paling dikenali di Singapura dansememangnya layak disatukan untuk membentuk galeri nasional Singapura. Bangunan City Hall menempatkan galeri-galeri- kekal bagi seni Singapura dan galeri bagi pelbagai pameran.Ia direka oleh Samuel Douglas Meadows and Alexander Gordon dan siap pada tahun 1929. Dahulunya dikenali sebagai Bangunan Perbandaran, City Hall digunakan untuk menempatkan pejabat-pejabat Majlis Perbandaran yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan kepada Singapura.Antara tahun 1963 ke 1991, Bangunan Majlis Perbandaran menempatkan beberapa jabatan kerajaandan mahkamah, termasuk pejabat Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew. Bangunan ini menjadi saksi kepada peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Singapura dan tangga City Hall di hadapan anda, menjadi latar belakang pelbagai peristiwa yang memilukan dalam sejarah Singapura. Jepun menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu di City Hall pada 12 September 1945 dan Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew, berdiri di tangga City Hall untuk mengisytiharkan pemerintahan sendiri bagi Singapura pada tahun 1959.
Transcript
Share