Stop 1
101

Pengenalan kepada lawatan multimedia sejarah seni bina

Aras 1, Concourse
Mulakan di Galeri Nasional Singapura, Concourse, Aras 1
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
101.Pengenalan kepada lawatan multimedia sejarah seni bina(0:00)
0:00
0:00
Salam sejahtera dan selamat datang ke Lawatan Multimedia Sejarah Bangunan untuk Galeri Nasional Singapura. Lawatan ini akan membawa anda menerokai dua buah bangunan – bangunan City Hall dan bangunan Supreme Court (Mahkamah Agung) lama – yang membentuk Sayap City Hall dan Sayap Supreme Court lama, Galeri Nasional Singapura. Semasa lawatan ini, anda akan mendengar tentang sejarah dan kisah mereka yang mempunyai kaitan dengan bangunan-bangunan ini. Cari tempat yang sunyi seketika untuk mengetahui lebih lanjut tentang lawatan ini. Di skrin, anda akan melihat satu imej, di bawahnya, trek audio yang boleh dimainkan, dihentikan seketika, dilajukan ke hadapan atau belakang. Di bawah trek audio dan ke kanan, anda boleh ketik ikon halaman untuk lihat teks audio. Di bawah halaman, anda akan melihat fail-fail media yang berkaitan.Lawatan ini memaparkan 11 hentian utama secara berturutan.Kami akan membantu anda melayari dari satu hentian ke hentian seterusnya. Anda boleh menggunakan sistem aplikasi navigasi yang disediakan jika diingini. Selepas beberapa hentian utama, terdapat hentian ‘mini’ yang mengandungi maklumat lanjut tentang topik yang sama yang anda boleh dengar pada bila-bila masa. Kami harap anda akan menikmati lawatan bangunan dan sejarah tempat yang unik ini. Mari kita mulakan. Dari mana saja anda datang, pergi ke Tingkat Dua Bangunan City Hall. Apabila di sana, anda mungkin mahu mulakan di hadapan bangunan tersebut. Di hadapan anda, anda akan melihat tingkap besar dengan pemandangan padang menghijau di satu sisi,dengan tangga utama marmar di belakang anda. Anda akan melihat panel penanda sejarah bangunan di sana dan peta anda akan membantu anda untuk ke sana.
Transcript
Share