Stop 4
Dewan Persidangan Bangunan Kerajaan
Aras 3, Sayap Dewan Bandaraya
Venue
104.Dewan Persidangan Bangunan Kerajaan(0:00)
0:00
0:00
Bilik tempat anda berdiri sekarang ialah DewanCity Hall. La telah direka untuk menjadi bilik paling hebat dalamseluruh bangunan ini. Dewanini digunakan sebagai bilik mesyuarat oleh Pesuruhjaya Perbandaran pada zaman kolonialuntuk membincangkan semua aspek pembangunan Singapura. Pada tahun-tahun berikutnya, Dewan ini terus menyaksikan peristiwa-peristiwa penting yang berlakudalam sejarah Singapura.
Semasa Perang Dunia Kedua, di dalam bilik inilahpihak Jepun menyerah kalah secara rasmi kepada tentera Bersekutu. Lihat skrin anda sekarang, dan ketik '3.1 – Penyerahan Kalah'. Anda akan melihat gambar yang diambil pada hari itu, 12 September 1945. Pada 10 pagi hari itu, setiap sudut City Hall dan Padang penuh dengan orang ramai.Di dalam bangunan, Lord Mountbatten menyaksikan Jeneral Itagaki menandatangani sebelas salinan dokumen penyerahan kalah. Hari itu menandakan berakhirnya pendudukan Jepun di Asia Tenggara.
Peristiwaseterusnya berlaku 14 tahun kemudian, pada tahun 1959.Itu merupakanhari yang telah mengubah Singapura buat selama-lamanya.Kabinet dan Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew telahmengangkat sumpah.vUpacara tersebut diadakan secara ringkas dan tertutup.Tiada wakil media yang diundang. Malah pada hari ini, satu-satunya rekod yang ada adalahdalam bentuklukisan oleh pelukis tempatan, Lai Kui Fang.