Stop 16
Dewan Pameran 7 (dahulunya Bilik Mahkamah 3) dan Meja Penerangan
Aras 3, Sayap Mahkamah Agung, Galeri UOB Asia Tenggara 7
Venue
116.Dewan Pameran 7 (dahulunya Bilik Mahkamah 3) dan Meja Penerangan(0:00)
0:00
0:00
Galeri 7 atau bekas bilik perbicaraan 3, mempunyai susun atur yang sama dengan Galeri 1. Sementara beberapa ciri asal bilik perbicaraan ini, seperti galeri orang awam, tidak boleh diakses oleh orang awam lagi, anda masih boleh melihat Kandang tertuduh di tengah bilik ini. Di situlah tempatnya tertuduh berdiri dan digari. Jalan ke belakang kandang dan lihat di dalamnya. Tertuduh dibawa dari sel bawah melalui rangkaian laluan yang menghubungkan keempat-empat bilik perbicaraan dan kemudian ke atas melalui pintu rahsia ke dalam kandang.
Banyak kes berprofil tinggi yang dibicarakan di bilik perbicaraan Galeri ini. Salah satu daripadanya, walaupun dibicarakan di galeri lain, Galeri 10,dikenali sebagai 'Insiden Sepuluh Berganda’ yang merujuk kepada 10 Oktober 1943 semasa pendudukan Jepun. Kempeitai atau polis tentera diraja Jepun menangkap dan menyeksa 57 orang awam kerana disyaki terlibat menyerang kapal-kapal Jepun yang berlabuh di pelabuhan.Walaupun tiada siapa daripada mereka yang ditahan dan diseksa itu tahu tentang serbuan tersebut, 15 daripada mereka mati di Penjara Changi Singapura.
Selepas perang tamat, 21 anggota tentera Kempeitai yang terlibat dalam kejadian itu telah didakwa dengan jenayah perang.Dari skrin hentian utama, anda boleh ketik pada imej-imej kandang banduan bilik perbicaraanbangunan ini pada 21hb Januari 1946.Hakim menjatuhkan hukuman mati ke atas lapan daripada mereka, tujuh dibebaskan dan selebihnyadihukum penjara satu tahun hinggaseumur hidup.
Galeri Nasional telah mengekalkandua daripada sepuluh sel tahanan asal iaitu di bawah bilik perbicaraan.Inihanya boleh diakses semasa lawatan khas tetapi anda boleh melihat gambar daripada skrin hentian utama bertajuk '9.3 –Sel Tahanan’.Oleh sebabtertuduh tidak bermalam disini, hanya satu tandas dan bangku konkrit panjang di sepanjang dinding yang disediakan.Sistem curahan tandas terletak di luar sel untuk menghalang tertuduh daripada mencederakan diri sendiri.
Tertuduh dibawa menaiki van ke sel tahanan melalui pintu masuk belakang sementara menunggu perbicaraan.Banyak kes berprofil tinggi dibicarakan di bilik perbicaraanini.Pihak mahkamah berusaha untuk memastikan tertuduh boleh dibawa masuk ke dalam sel tahanan dan bilik perbicaraantanpa dilihat oleh orang ramai.