Stop 15
115

Karya Nori yang lain

Aras 3, Sayap Mahkamah Agung, Ruang Legar Mahkamah Agung
Mulakan di Galeri Nasional Singapura, Concourse, Aras 1
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
115.Karya Nori yang lain(0:00)
0:00
0:00
Rudolfo Nolli dilahirkan dalam keluarga pengukir dan pelukisdan pada usia 19 tahun, mengikuti bapa saudaranya ke Timur tempat beliau memulakan kerjaya yang luar biasa. Sebelum berpindah ke Singapura pada tahun 1921, beliau menghabiskan lapan tahun menyiapkan kerja untuk balai rongistanaThailand. Selain City Hall dan bangunan Supreme Court lama, Nolli bertanggungjawab untuk pelbagai kerja lain di Singapura pada tahun 1920-an dan 30-an. Anda akan melihat beberapa bangunan ini diskrin anda sekarang di bahagian Ketahui Lebih Lanjut di bahagian bawah skrin hentian utama. Kerja-kerja utama termasuk muka bangunan Fullerton, lampu besi tuang dan ukiran timbul singa Jambatan Elgin dan muka Bangunan Ocean yang kini telah dirobohkan.Bangunan-bangunan ini banyak terletak berhampiran dengan Galeri, jika anda ingin melihatnya selepas lawatan anda.Kebanyakan tiang-tiang di bangunan itu telah direka atau dibina oleh Nolli. Lihat sama adaanda boleh mengenalinyasemasa lawatan anda. Kembali ke senarai hentian utama untuk mendengar tentang bahan yang digunakan oleh Nolli atau untuk mendengar tentang perkara-perkara menarik yang lain.
Transcript
Share