Stop 14
114

Batu Bata dan Manusia

Aras 3, Sayap Mahkamah Agung, Ruang Legar Mahkamah Agung
Mulakan di Galeri Nasional Singapura, Concourse, Aras 1
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
114.Batu Bata dan Manusia(0:00)
0:00
0:00
Rudolfo Nolli bekerja di Singapura dari 1921 hingga 1956.Beliau bertanggungjawab bagi kebanyakan arca di bangunan yang dibina semasa zaman kolonial. Rudolfo Nolli, yang boleh anda lihat diskrin anda sekarang, merupakanorang di sebalikrekaan Timpanum tersebut. Oleh sebabtiada kuari marmar di Singapura pada masa itu, Nolli terpaksa mencipta granolit atau plaster Shanghai untuk membina ukiran batu di permukaan bangunan. Walaupun resipi sebenardirahsiakan, bahan-bahan asas terdiri daripadasimen putih, granit hancuryang ada di Singapura, pigmen daripada bahan semula jadi dan air. Istilah plaster Shanghai merujuk kepada tukang mahir dari negara China yang melarikan diri semasa Perang China-Jepun. Kehadiran mereka di Singapura terbukti sangat berguna kerana mereka dilatih dalam teknik-teknik pembinaan Eropah. Studio Nolli mengupah mereka untuk membina Supreme Court lama serta projek bangunan kolonial lain. Kebanyakan tiang pada bangunan hari ini direka atau dibina oleh Nolli. Lihat sama ada anda boleh mengenali gaya beliau semasa lawatan anda. Kembali ke senarai hentian utama untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerja-kerja Nolli yang lain atau untuk mendengar tentang perkara-perkara menarik yang lain.
Transcript
Share