Stop 17
Rotunda Itu
Aras 3, Sayap Mahkamah Agung, Perpustakaan & Arkib Rotunda
Venue
117.Rotunda Itu(0:00)
0:00
0:00
Anda kini berdiri di tempat yang pernah dikenali sebagai Perpustakaan Rotunda.
Ia pernah digunakan sebagai perpustakaan untuk Supreme Court lama, menempatkan penerbitan undang-undang dan berfungsi sebagai pusat sumber bagi Hakim, Pesuruhjaya Kehakiman dan Pegawai. Kebanyakan perabot di perpustakaan telah direka oleh William Henry Swaffield yang mereka bentuk meja di pejabat Ketua Hakim.Di tingkat bawah, meja bacaan direka untuk diatur dalambentuk bulat, mengikut reka bentuk Rotunda.Selain meja, terdapat rak buku yang terletak di antara tiang-tiang.Di tingkat mezanin, rak buku memenuhi dinding melengkung perpustakaan.Rak buku berukir dan berdinding gelas ini diperbuat daripada kayu jati dan kelihatan seolah-olah ia bersatu dengan dinding.
Perpustakaan tersebut pernahmenempatkan lebih daripada 20,000 penerbitan disusun mengikut jiliddan kebanyakannya dijilid dengan kulit. Pada 1939, dilaporkan bahawa pustakawan mahkamah akan menerima senarai penerbitan yang dikehendaki oleh hakim-hakim dan peguam semasa mahkamah bersidang. Dia akan memilih penerbitan yang diminta dan memasukkannya ke dalam bakul rotan tenunan yang besar yang memerlukan dua orang pegawai mahkamah untuk mengangkatnya. Bakul dikembalikan kepada pustakawan mahkamah pada akhir setiap kes.
Nama Rotunda berasal daripada perkataan Latin rotundus. Ia merujuk kepada bangunan yang bulat dan ada kalanyaberkubah. Kubah Rotunda diterangi olehcahaya semula jadi dari 16 tingkap melengkung padakubah itu sendiri serta tingkap di tingkat bawah.Kubah Rotunda boleh dilihat dari atas bumbung Supreme Court lama di tingkat empat. Anda boleh ketik imej di skrin anda dan anda akan dapat melihat dengan lebih dekat nanti.
Rotunda berhenti berfungsi sebagai perpustakaan mahkamah pada tahun 1991 apabila ia kekurangan ruang untuk jumlah penerbitan yang semakin bertambah dan dipindahkan ke City Hall yang mempunyai ruang dua setengah kali ganda lebih besar.