Stop 10
Goh Beng Kwan: Kota Gementar
Goh Beng Kwan
Artwork
3410.Goh Beng Kwan: Kota Gementar (0:00)
0:00
0:00
Apakah yang terlintas di fikiran anda apabila mendengar ungkapan "kota gementar"? Pergerakan, ketegangan, kegelisahan atau pengharapan?
Bagi seniman Singapura, Goh Beng Kwan, sebuah "kota yang gementar" mengingatkannya pada idea kehidupan yang bergerak pantas, tekanan tinggi, pembangunan padat dan pencemaran.
"Gementar" juga boleh merujuk kepada struktur kota yang terselit pada perasaan, fikiran dan saraf kita. Ini mungkin menggambarkan sentimen Goh ketika pulang ke Singapura pada tahun 1966, sewaktu era industrialisasi dan urbanisasi yang pesat di republik ini.
Pameran ini menelusuri detik-detik penting dalam perkembangan artistik Goh dari tahun 1950-an sehingga 1980-an, di tempat dan masa yang berbeza. Ia meneliti hubung kait tertentu antara eksperimen seniman berkenaan dalam kolaj, persekitaran bandar dan dunia seni amnya.
Nama saya Joleen. Saya ialah kurator untuk segmen ini dan jurupandu anda untuk lawatan audio ini.
Dilahirkan di Indonesia pada tahun 1937, Goh Beng Kwan berhijrah ke Singapura pada tahun 1945, ketika berusia 8 tahun. Ketika masih muda, beliau belajar melukis minyak dan cat air dari Chen Wen Hsi dan Cheong Soo Ping – dua seniman Nanyang yang terkenal.
Goh kemudian melanjutkan pelajarannya di New York. Beliau kembali ke Singapura pada tahun 1966, dan mencipta suara serta gaya tersendiri, yang terus diterokai dalam karyanya hingga ke hari ini.
Sila bergerak melalui pintu, dan ke dinding di sebelah kanan. Di sana, anda akan tiba di perhentian seterusnya dalam lawatan audio anda.