Stop 4
Bebas diri
3404.Bebas diri(0:00)
0:00
0:00
Kehilangan sebahagian besar penglihatannya menandakan perubahan besar pada amalan seni Chng. Beliau bukan sahaja mula menggunakan bahan yang semakin rencam, bahkan juga mula mengembangkan perspektif yang lebih bersifat menghayati diri dan falsafah. Bersama perubahan ini muncullah pengakuan dan penerimaan untuk berkarya sebagai seniman dengan kecacatan.
Di galeri ini, anda akan melihat beberapa arca dan instalasi Chng, masing-masing sangat berbeza dari segi tema dan medium. Namun, kesemua karya itu menunjukkan keseronokan Chng sebagai pembuat dan keinginannya untuk melewati batas dan bereksperimen.
Terletak di atas lantai ialah karya yang bertajuk Pursue and Think Fondly of (I), atau Kejar dan Kenanglah Dengan Mesra (I). Ia terdiri daripada sfera papier-mâché berongga yang dipenuhi loceng, di mana tertulis ekstrak dan simpulan bahasa yang berasal dari sastera Cina tradisional dan kontemporari.
Saya mengundang anda untuk melihat dengan lebih dekat Game of Chess (Permainan Catur) dan Rolling Red Dust (Debu Merah yang Mengguling). Kedua-duanya adalah karya berskala besar yang dihasilkan pada fasa lebih lewat kerjaya Chng, tetapi berakar umbi pada zamannya sebagai pelajar seni di Eropah di mana beliau bereksperimen dengan seni instalasi. Kedua-dua karya ini masing-masing dihasilkan pada tahun 1999 dan 2006, dan bertujuan mengundang penyertaan. Bolehkah anda bayangkan bagaimana anda akan bergerak dan berinteraksi dengan instalasi ini?
Setelah selesai, teruskan ke tembok paling jauh di belakang Game of Chess, di mana lawatan anda diteruskan.