Stop 25
Muzik, Alam, Diri
Artwork
3425.Muzik, Alam, Diri(0:00)
0:00
0:00
Bagi seseorang yang menegaskan dirinya adalah natif digital yang mengetengahkan teknologi dalam seninya, terdapat kualiti organik dan musikal yang intim dalam karya Lin yang mungkin tidak disangkakan.
Dalam lukisan awal Ode to Reality (Oda ke Realiti), Lin menyingkap dunia batinnya dengan menggunakan simbol binatang seperti penguin dan anjing laut untuk melambangkan keinginannya yang terdalam. Keterujaan dengan burung meluas ke karya seni digitalnya, di mana beliau menggambarkan burung sedang berkomunikasi antara satu sama lain, seolah-olah gambaran ganjil era kepopularan Twitter ini.
Mutu berirama sering dilihat pada lukisan minyak abstrak yang lut cahaya dan persis keindahan syurgawi, menangkap pemerhatian Lin terhadap alam semula jadi. Satu lukisan dari siri Aqua-nya, How Deep is the Ocean? (Sedalam mana Lautan?) menampilkan garis beralun dan olesan berus yang kelihatan menari di kanvas, bermain dengan keindahan luar biasa yang sering dikaitkan dengan air dan alam. Pada masa yang sama, ia merujuk kepada usaha berterusan manusia untuk menguasai dan mengenali alam semulajadi.
Namun, latihan muzik Lin paling jelas kelihatan dalam siri Abstraction in Music, di mana lukisan seperti Water Music dan Jupiter Symphony meluahkan penghargaannya yang mendalam terhadap muzik klasik Barat.
Dengan semangat ingin tahu sejak azali, Lin mula mengimprovisasi dan menyusun karya muzik ketika remaja. Bermula pada pertengahan 1980-an, Lin menulis program komputer yang menghasilkan karya muzik klasik tanpa persampelan bunyi analog atau digital, dan tanpa menggunakan kad suara, alat sintesis luaran atau instrumen midi.
Sebelum anda pergi, luangkan masa di ruang depan galeri ini. Di sana, anda dapat mendengar potongan muzik asal Lin yang disusun secara digital dan membaca koleksi renungan puitisnya. Saya berharap pameran ini memperkenalkan kepada anda perspektif unik Lin Hsin Hsin dan memberi pemahaman yang lebih baik mengenai ciri pelbagai disiplin pada amalan seni beliau.