Stop 7
107

Dewan Chancery dan dewan persidangan

Aras 3, Sayap Mahkamah Agung
Venue
Mulakan di Galeri Nasional Singapura, Concourse, Aras 1
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
107.Dewan Chancery dan dewan persidangan(0:00)
0:00
0:00
Kita sekarang berada dalam Pejabat Ketua Hakim. Lihatlah meja kayu besar dengan rekaan yangagak luar biasa, menyerupai sebuah meja dengan bangku panjang mengunjur keluar, hampir mengelilingi kerusi Ketua Hakim. Meja tersebut direka oleh William Swaffield yang juga bertanggungjawab merekaperabot dalamRotunda yang akan kita lihat nanti. Perabot di sini telah dibaik pulihdengan teliti untuk memberikan gambaran tentang bilik yang digunakan oleh Ketua Hakim. Dahulu ada bingkai gambar, juga direka oleh Swaffield, tergantung di atas rak buku di pejabat Ketua Hakim. Jika anda melihat rak buku itu dengan lebih dekat, anda akan melihat lambang pada panel kaca. Ini ialah jata Inns of Court. Anda mempunyaipilihan untuk mengetahuilebih lanjut mengenai Lambang dan Inns of Court pada akhir Hentian ini. Tetapi buat masa ini, teruskan mendengar. Sebelum ini, Ketua Hakim boleh memasuki pejabat beliau dari koridor di luar Kamar atau melalui lif peribadi beliau yang membawa beliau dari tempat letak kereta ke pejabat ini. Lif peribadi ini terletak di pintu kecil di bawah cerun dari Penghubung Tingkat Bawah, di sebelah kiri anda. Satu ketika dahulu, ada tujuh lif penumpang lain dan satu lif buku dalam bangunan ini. Lima daripada lif penumpang itu mempunyai dwikawalanyang membolehkan ia dikendalikan oleh atendan lif atau dikawal secara automatik oleh butang di luar pintulif. Tetapi pada tahun 2002, hanya lif peribadi Ketua Hakim masih digunakan.
Transcript
Share