Stop 6
106

Transformasi bangunan dan pengenalan kepada bekas mahkamah agung

Aras 3, Jambatan Pautan Bawah
Mulakan di Galeri Nasional Singapura, Concourse, Aras 1
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
106.Transformasi bangunan dan pengenalan kepada bekas mahkamah agung(0:00)
0:00
0:00
Galeri Nasional Singapura menyepadukan City Hall dan Supreme Court lama menjadisatu bangunan dengan mewujudkan sebuah atrium di antaranya dan dua jambatan penghubung. Penghubung Tingkat Bawah menghubungkan Dewan City Hall dan Pejabat Ketua Hakim, dua ruang bersejarah yang penting. Penghubung TIngkat Atas menghubungkan bangunan City Hall denganplaza sivik baharu di Sayap Supreme Court. Bangunan Supreme Court lama menempatkan galeri tetap seni Asia Tenggara dan telah direka oleh Frank Dorrington Ward, Ketua Arkitek Jabatan Kerja Raya negeri-negeri Selat. Dibina di atas tapak bekas Grand Hotel de l'Europe, pembinaan bangunan ini bermula pada 1936 dan siap dalam tempoh tiga tahun. Bangunan ini menempatkan MahkamahAgung untuk kerajaan penjajah termasuk mahkamah undang-undang, kamar hakim dan perpustakaanundang-undang. Semasa pendudukan Jepun di Singapura, bangunan ini telah ditukarkan namanya kepada Syonan Koto-hoin, bermakna Mahkamah Agung Syonan, 'Syonan' merujuk kepada Singapura di bawah pemerintahan Jepun. Ia dikembalikan kepada British selepas Jepun menyerah kalah dan selepas merdeka, ia terus berfungsi sebagai Mahkamah Agunguntuk negara Singapura. Pada tahun 1992, bangunan Supreme Court danCity Hall telah diwartakan sebagai monumen kebangsaan. Menjelang tahun 2005, Supreme Court telah berpindah ke premis berdekatan yang lebih besar, jadi tapak bangunan Supreme Court lamaitu boleh digunakan semula. Pada tahun 2015, pintu Supreme Court lamadibuka semula kepada orang ramai, menyambut kedatangan mereka ke Galeri Nasional Singapura yang baharu.
Transcript
Share