Stop 12
Koridor Sejarah
Aras 3, Sayap Mahkamah Agung
Venue
112.Koridor Sejarah(0:00)
0:00
0:00
Semasa anda berjalan di koridor, pandang ke bawah dan lihat jubin lantai hitam dan putih.Jubin koridor utama pada asalnya diperbuat daripada lantai getah Cresonite.Ia merupakanpilihan bahan yang inovatif tetapi menjimatkan dan menggambarkan sumber yang terhad semasa perang. Ia juga ada fungsi lain kerana getah dapat mengurangkan tahap bunyi bising.
Dalam transformasi Supreme Court lamamenjadi Galeri Kebangsaan yang baharu, lantai getah ini telah dikopekdan digantikan dengan jubin marmar. Namun, reka bentuk asaldikekalkan.Jubin disusun mengikut grid dan papan dam.Ini memberi ilusi optik jalur hitam dan putih apabila dilihat dari jauh.Sila lihat ke belakang anda ke arah hujung koridor dan lihat sama adaanda boleh melihatnya.
Sekarang, cari tempat yang selamatuntuk berdiri dan lihat siling kayunya.
Panel kayu digunakan untuk menghiasi siling kedua-dua bilik perbicaraandan lobi bersejarah diSupreme Court lama. Perhatikan ceruk padasiling ini.Ia dikenali sebagai siling kekotak. Kekotak ialah lekukan pelbagai bentuk padasiling, peti besi atau kubah. Walaupun digunakan sebagai hiasan, namun ia juga berfungsi mengurangkan berat kubah.