Stop 11
Dewan Pameran 1 (bekas Bilik Mahkamah 1)
Aras 3, Sayap Mahkamah Agung, Galeri UOB Asia Tenggara 1
Venue
111.Dewan Pameran 1 (bekas Bilik Mahkamah 1)(0:00)
0:00
0:00
Pada tahun 1939, arkitek Frank Dorrington Wardmelakarkan lapan cadangan bagi susun atur bilik perbicaraandan akhirnya memilih empat bilik perbicaraanmengelilingiperpustakaan berkubah bulat.Selepas beberapa tahun apabilalebih banyak ruang diperlukan, tujuh lagi bilik perbicaraantelah ditambah. Ini adalah salah satu daripada empat bilik perbicaraanasal Mahkamah Agung lamadan yang paling baik dikekalkan.
Semasa teknologi audio belum begitu maju, Ward memberi perhatian khusus kepada susunan dan pilihan bahan untuk menguatkan bunyi dalam ruang bilik perbicaraan. Reka bentuk beliaumemastikan suara tidak perlu dikuatkan. Suara hakim boleh didengari di hadapan danbelakang bilik.
Jika anda mahu, anda boleh pergi ke kubah putih berlekuk di hadapan bilik perbicaraan, di sebelah kiri selepas anda masuk. Di sinilah tempat hakim duduk. Bukan sahaja bahagian bawah ini dipenuhi dengan gabus untuk meningkatkan akustik, lantai, dinding dan siling, semuanya dipenuhi dengan plaster akustik untuk menyerap bunyi. Pada masa itu, dilaporkan dalam akhbar-akhbar tempatan bahawa penggunaan plaster akustik untuk pembinaan mahkamah adalah yang pertama di Tanah Melayu. Jika anda pusing ke belakang,anda dapatlihat bilik perbicaraan itu daripada perspektif hakim. Di hadapan anda ialah setiausaha yang mengambil nota perbicaraan. Di tengah-tengah ialah kandang tertuduh di manadefendan digari.
Di sebelah belakang bilik perbicaraan, anda dapat lihat galeri untuk orang awam yangterletak di tingkat mezanin.Galeri tersebut bolehmemuatkan kira-kira 100 orang yang masuk melalui pintu berasingan.
Kebanyakan ciri-ciri yang anda lihat dalam bilik ini ialah ciri asal yang dibina pada tahun 1939 - dari rak buku yang menempatkan karya seni hari ini hingga ke reka bentuk siling.Malah lubang udara di tepi bilik perbicaraan adalah yang asal. Walaupun iatelah dijadikan ruang galeri, anda masih dapat lihat kesan peninggalannya jika anda melihat dengan teliti ciri-ciri di sekeliling anda.