Stop 19
119

Batu Asas dan Kapsul Masa

Aras 1, Sayap Mahkamah Agung, Ruang Legar Mahkamah Agung
Venue
Mulakan di Galeri Nasional Singapura, Concourse, Aras 1
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
119.Batu Asas dan Kapsul Masa(0:00)
0:00
0:00
Apabilaanda masuk ke lobi Supreme Court, cari batu Asas lapan sisi di tengah-tengah lantai, antara bahagian bawah tangga dan pintu. Terdapat satu imej pada skrin anda sekarang.Pergi ke tepinya supaya anda boleh baca inskripsi. Batu Asas amat penting. Ia adalah batu pertama yang diletakkan semasa pembinaan dan menentukan kedudukan keseluruhan bangunan. Batu asas ini telah diletakkan pada 1hb April 1937 oleh Gabenor, Sir Shenton Thomas dan ia memperingati ulang tahun ke-70 Negeri-negeri Selat sebagai tanah jajahan berasingan. Selepas diletakkan dengan teliti ke kedudukannya, Sir Thomas memukulempat penjuru batu dengan tukul kayudan mengisytiharkan ia "Amat kukuh". Anda boleh ketik imej upacara itu pada skrin anda. Berukuran tujuh kaki dan seberat hampir dua tan, ia adalah batu Asas terbesar di Tanah Melayu pada masa itu. Lihatlah reka bentuk huruf era 1930-an. Apabila Jepun menduduki Singapura semasa Perang Dunia Kedua, mereka mengeluarkan tulisan tembaga itu dalam usaha menghapuskan peninggalan pemerintahan kolonial. Mujurlah, penjaga Supreme Court ketika itu, En. GC de Silva, menjaganya dengan baik dan selepas perang, huruf-huruf itu diletakkan semula. Jika anda berdiri di tempat batu asas itu dan pandang ke atas, anda sebenarnya berdiri betul-betul di bawah Kubah Utama. Batu itu telah diletakkan di bawah kubah ini untuk memastikan ia tidak diganggu semasa pembinaan bangunan mahkamah. Apabilaanda menyeberangi lobi ini hari ini, anda berjalan di atas satu rahsia. Di bawah batu Asas itu, satu kapsul masa telah ditanam untuk generasi akan datang. Pada tahun 3000, penantian akanberakhir. Kapsul masa akandigali dan dibuka untuk mendedahkan kandungannya. Apakah isi kandungannya?
Transcript
Share