Stop 7
307

Paling Atas

FX Harsono
Artwork
Mulakan di Galeri 2 Asia Tenggara UOB, Sayap Mahkamah Agung, Aras 3
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
307.Paling Atas(0:00)
0:00
0:00
Replika mainan senapang M-16 terdapat di dalam peti kayu murah diliputi oleh dawai. Di atas senapang, perkataan "Paling Top '75" ditulis dalam huruf hitam tebal pada lapisan putih peti, memberi tajuk pada karya seni ini. Unsur-unsur ini melambangkan penguasaan tentera dalam politik Indonesia pada zaman Orde Baru Presiden Suharto (1965 -1998) dan penindasan serta rasuah yang meluas dalam masyarakat Indonesia. Imej ini mengejek tentera Indonesia dan mengingatkan tentang keganasan yang berlaku di negara ini. Dalam karya ini, pelukis FX Harsono, menghapuskan semua tanda cat dan kesan kehadiran beliau dan tidak membuat sebarang rujukan kepada pembunuhan beramai-ramai atau penderitaan. Walau bagaimanapun, Paling Top ialah karya politik yang kritikal. Pada tahun yang sama karya ini dihasilkan, Harsono mengasaskan bersama Pergerakan Seni Baharu Indonesia sebagai alternatif kepada kawalan negara itu terhadap seni dan budaya. Matlamat kumpulan itu untuk mencipta seni yang bukan sahaja mencabar nilai-nilai estetika yang sedia ada tetapi juga bertindak balas terhadap masalah sosio-politik di sekeliling mereka.
Transcript
Share
Artwork details
Artist Name
FX Harsono
Full Title
Paling Top (Top Most)
Time Period
1975, remade 2006
Medium
Plastic rifle, textile, wooden crate, wire mesh and LED tube
Extent Dimensions (cm)
Dimensions 3D: Object measure: 156.7 x 99.5 x 50 cm
Credit Line
Collection of National Gallery Singapore
Geographic Association
Indonesia
Accession Number
2011-02250