Stop 3
303

Hasil Tuaian Kurniaan Alam

Carlos "Botong" Francisco, Galo B. Ocampo, Victorio C. Edades
Artwork
Mulakan di Galeri 2 Asia Tenggara UOB, Sayap Mahkamah Agung, Aras 3
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
303.Hasil Tuaian Kurniaan Alam(0:00)
0:00
0:00
Karya Victorio Edades, Galo Ocampo dan Carlos Francisco ini mencerminkan kerjasama antara tiga tokoh utama yang memperjuangkan modenisme pada awal abad ke-20 di Filipina. Tiga pelukis ini telah bekerjasama menghasilkan banyak karya besar, termasuk beberapa karya untuk Juan Nakpil. Seorang arkitek dan pemimpin sivik, Nakpil mahu lukisan ini dipaparkan di kediamannya sendiri. Fokus karya ini adalah pada pokok betik di tengah. Dahannya mencecah sehingga ke makhluk bersayap, mungkin dari kayangan, yang kelihatan mengarah figura-figura manusia di bawah. Seperti tajuknya, hasil tuaian banyak dan pelbagai figura di gambar itu sedang mengumpulkan hasil tuaian. Di sebelah kiri, seorang pekerja ladang membawa kerbau ke hadapan. Di sisinya, seorang wanita melutut membentangkan pelbagai jenis buah-buahan tropika. Di antara mereka, seorang lelaki menunduk membawa setandan pisang, menunjukkan hasil tanaman yang banyak serta usaha tulang empat kerat diperlukan untuk menuainya. Komposisi karya serta beberapa butiran bergaya (contohnya penerapan makhluk bersayap) menunjukkan ada pengaruh Art Nouveau. Pada masa yang sama, butiran hiasan daripada tekstil tradisional, seni dan kraf diperlihatkan di seluruh lukisan itu. Ini mewujudkan kesan seperti permaidani yang membuatkan karya ini berkualiti dan mewah dan juga menunjukkan usaha pelukis untuk menghasilkan karya dalam konteks tempatan.
Transcript
Share
Artwork details
Artwork Title
Mother Nature’s Bounty Harvest
Artist
Carlos “Botong” Francisco, Galo B Ocampo, Victoria C Edades