Stop 10
Jangan Beri Wang kepada Seni
Tang Da Wu
Artwork
210.Jangan Beri Wang kepada Seni (0:00)
0:00
0:00
Ini ialah artefak daripada persembahan Tang Da Wu pada tahun 1995, iaitu jaket yang terpampang tulisan besar ‘Jangan Beri Wang kepada Seni’.
Pada tahun 1995, Da Wu menemui Presiden Republik Singapura pada masa itu di majlis pembukaan rasmi pameran seni. Beliau meminta izin untuk memakai jaket, dan kemudian menyampaikan kepada Presiden surat yang berbunyi: ‘Saya seorang seniman. Saya penting.’ Karya ini merupakan tindak balas terhadap pengharaman dana seni persembahan yang dikuatkuasakan selepas kejadian ‘Brother Cane’ pada tahun 1993. Persembahan oleh Josef Ng itu menyerlahkan saat penting dalam sejarah seni Singapura pada tahun 1990-an.
Ramai menganggap Da Wu sebagai tokoh ikonik dalam pembangunan seni konseptual di Singapura. Beliau terkenal sebagai salah seorang seniman yang mencabar seni bentuk yang sedia ada dan amalan seni yang lazim.