Stop 8
208

Kelas Melukis

Lim Yew Kuan
Artwork
Lawatan audio dalam talian
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
208.Kelas Melukis (0:00)
0:00
0:00
Lukisan oleh Lim Yew Kuan ini memberi pandangan dekat penjuru studio seni di mana terdapat empat orang pelajar. Kekuda, papan lukisan dan model plaster, yang tergantung pada dinding menunjukkan bahawa ini ialah persekitaran akademik bagi melatih pelajar dalam seni halus. Para pelajar dilihat sedang menumpukan sepenuh perhatian, dengan belakang mereka menghadap satu sama lain dan hanya menumpukan perhatian pada kanvas di hadapan mereka. Berus cat dalam pelbagai saiz terkeluar dari dalam beg yang terbuka di atas lantai dan pelajar di latar depan menggenggam beberapa batang berus disebelah tangan sambil melukis dengan tangan yang sebelah lagi. Latihan seni Lim Yew Kuan sendiri bermula semasa kanak-kanak lagi di bawah seliaan ayah beliau, Lim Hak Tai, seorang pendidik seni yang mengasaskan Akademi Seni Halus Nanyang di Singapura, yang juga dikenali dengan singkatannya: NAFA. Lim merupakan pelajar NAFA pada tahun 1950-an, dan kemudiannya menjadi pensyarah di sana sebelum akhirnya menjadi pengetua yang kedua pada tahun 1963. Sebagai seorang pelukis yang berpotensi pada masa itu, lukisan Lim memberi kita gambaran tentang latihan yang dijalani oleh seorang pelukis, sesuatu yang beliau sangat mahir dan suka.
Transcript
Share