Stop 7
207

Kelas Bahasa Kebangsaan

Chua Mia Tee
Artwork
Lawatan audio dalam talian
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
207.Kelas Bahasa Kebangsaan (0:00)
0:00
0:00
Dalam lukisan ini, sekumpulan pelajar Cina yang sedang mempelajari bahasa Melayu berapat-rapat di sekeliling sebuah meja di dalam bilik darjah yang kecil dan suram. Pelajar-pelajar tersebut dan guru mereka memenuhi sebahagian besar lukisan ini, yang menjadikan mereka titik tumpuan. Di belakang guru terdapat papan hitam bertulis ungkapan asas bahasa Melayu. Salah satu ungkapan itu menyebut “Siapa nama kamu?” Salah satu imej Chua yang paling ikonik iaitu Kelas Bahasa Kebangsaan begitu hidup dengan sentimen nasionalis dan mengabadikan tahap penting sejarah Singapura. Dilukis pada tahun 1959, ia memperingati pencapaian kemerdekaan Singapura daripada pemerintahan British yang telah lama dinanti-nantikan. Keperluan bagi penyatuan nasional menyebabkan Kementerian Kebudayaan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang baharu. Seni Singapura dalam tempoh selepas tamat Perang Dunia kedua banyak dicirikan oleh pergerakan seni realis sosial yang baru muncul yang didominasi oleh generasi pelukis baharu seperti Chua Mia Tee. Mereka banyak dipengaruhi oleh ideologi budaya Berhaluan Kiri dan mengamanahkan seni dengan tanggungjawab sosial, mempercayai bahawa ia akan menyumbang kepada penambah-baikan masyarakat. Sebagai tindak balas terhadap kekacauan yang berlaku pada tahun 1950an, para pelukis ini menghasilkan hasil-hasil seni yang mengetengahkan aspirasi kebebasan dan kemerdekaan. Kelas Bahasa Kebangsaan adalah contoh penting hasil seni realis sosial.
Transcript
Share