Stop 6
Pemain Dram
Yeh Chi Wei
Artwork
206.Pemain Dram (0:00)
0:00
0:00
Dalam lukisan ini, seseorang sedang duduk memegang dram, dengan latar belakang seperti corak kain. Di sebelah kiri terletak dua pasu tanah liat. Warna gelap pemain dram itu sangat bergaya dan digambarkan di sini memiliki tangan dan kaki yang panjang dan ciri wajah yang ringkas. Karya ini berbentuk kiasan dan juga menunjukkan kualiti kuno yang tertentu. Bentuk berwarna hitam gelap dan garis luar negatif dalam warna putih membangkitkan rupa gosokan dakwat Cina.
Pelukis ini, Yeh Chi Wei, mengembara ke seluruh Asia Tenggara pada tahun 1960-an. Sepanjang perjalanan ini, beliau telah mengumpulkan artefak tempatan seperti kain, arca kayu dan bahan tembikar Cina lama. Pengaruh gaya yang dapat dilihat dalam karya ini telah diambil daripada artefak berkenaan dan mendedahkan minat pelukis ini pada motif dan corak tradisional. Penggunaan warna perang pekat, kelabu lembut, biru kehijauan yang dingin dan garis luar putih juga mungkin diambil daripada kain yang dikumpulkan semasa pengembaraan beliau ke Asia Tenggara.