Stop 5
205

Pelukis dan Model

Liu Kang
Artwork
Lawatan audio dalam talian
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
205.Pelukis dan Model(0:00)
0:00
0:00
Dalam lukisan ini, Liu Kang menunjukkan proses-proses menghasilkan sebuah lukisan. Ia menggambarkan pelukis sedang melakar gambar seorang model yang memakai kain batik dan banjaran gunung sebagai latar belakangnya. Cawan teh di atas meja dan skrol kertas kosong di kaki kerusi rotan menggambarkan suasana santai dalam karya ini. Liu Kang menghasilkan karya ini sebagai mengingat kembali kembara lukisannya ke Indonesia pada tahun 1952 dan pelukis yang digambarkan di sini ialah kawan dan rakan pelukisnya, Chen Wen Hsi. Di sini, ciri khas garis hitam di luar bentuk lukisan Liu Kang telah digantikan dengan garis luar berwarna putih, yang mungkin dipengaruhi oleh lukisan batik di rantau ini. Blok-blok warna cerah dan berkontras telah digunakan dan ia memberikan kualiti kepada lukisan ini. Karya ini mencetuskan perbincangan mengenai seni, memberi perhatian kepada pelukis itu dan proses menghasilkan karya seni sebagai subjek yang wajar diterokai dan dihargai. Ia juga menunjukkan kepentingan terhadap lukisan luar seperti yang diketengahkan oleh Liu Kang di mana pelukis tersebut benar-benar berada di hadapan subjek dalam cahaya semula jadi, berbanding dengan dunia lukisan studio yang tertutup.
Transcript
Share