Stop 4
Souri
Liu Kang
Artwork
204.Souri (0:00)
0:00
0:00
Souri menggambarkan pandangan belakang penari dari Bali yang sedang berlatih. Memakai pakaian khas dan dihiasi aksesori yang cantik, beliau melutut, memegang kipas merah jambu dengan tangan kanan manakala tapak tangan kirinya dipanjangkan ke bawah, arah ke luar, iaitu gerakan biasa tarian Bali.
Liu Kang membuat lakaran pastel penari ini semasa melawat Bali pada tahun 1952 dan merujuk padanya untuk menghasilkan lukisan cat minyak ini yang direka setahun kemudiannya di Singapura. Beliau berjaya menterjemahkan perincian yang telah dicatatkannya semasa melihat penari itu, contohnya hiasan kepala dan corak kainnya yang rumit. Bagaimanapun, beliau juga memperkenalkan unsur yang tidak wujud dalam lakaran asal, sebagai contoh dengan menempatkan lukisan ini di laman sebuah kuil.
Pengalaman ke Bali itu telah mendorong Liu Kang menjadikan budaya Asia Tenggara sebagai subjek lukisan beliau dan jumlah lakaran dan lukisan yang dihasilkan berikutan perjalanan tersebut mencerminkan paras kerumitan motif dan corak yang jarang dilihat pada hasil karyanya yang terdahulu.