Stop 3
Keinsafan
Richard Walker
Artwork
203.Keinsafan (0:00)
0:00
0:00
Keinsafan memperingati manifestasi pertama Jesus kepada orang bukan Yahudi, yang digambarkan oleh pelukis Richard Walker pada kayu panel ini. Di tengah-tengah komposisi ini, kita dapat melihat Mary dan bayinya Jesus dengan lingkaran cahaya.Di sebelah kiri kita dapat melihat tiga orang Majusi dari Timur.
Sekilas pandang, ini kelihatan seperti adegan Natal yang biasa. Tetapi pelukisnya mendasarkan lukisan ini dalam konteks setempat dengan menggambarkan Mary dengan ciri orang Asia dan salah seorang Majusi itu dalam pakaian tradisonal cendekiawan Cina.
Lukisan ini telah dihasilkan semasa Pendudukan Jepun di Singapura. Mungkin pelukis ini berniat untuk meletakkan lukisan ini di belakang mazbah yang diubah suai sebagai khidmat Perjamuan Suci di gereja kecil penjara Changi. Selepas perang, lukisan ini telah diberikan kepada Kumpulan Uskup Anglican Singapura dan kemudiannya didermakan kepada koleksi kebangsaan.