Stop 13
213

Utama–Setiap Nama Dalam Sejarah adalah Aku

Ho Tzu Nyen
Artwork
Lawatan audio dalam talian
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
213.Utama–Setiap Nama Dalam Sejarah adalah Aku(0:00)
0:00
0:00
Utama—Setiap Nama dalamSejarah adalah Aku adalah pemasangan yang terdiri daripada sebuah filem dan 20 keping lukisan cat minyak. Pemasangan ini menceritakan tentang lagenda Sang Nila Utama, putera Srivijaya dari Palembang yang mengasaskan Kerajaan “Singhapura” pada penghujung kurun ke-13. Nama “Singapura” berasal daripada perkataan Melayu, “Singapura”, bermaksud “Bandar Singa”. Untuk menceritakan kisah Utama, Ho bergantung pada sejarah anekdot dan lisan serta pembacaan buku Sejarah Melayu. Rujukan kepada zaman pra kolonial ini amat menarik kerana ia bertentangan dengan penceritaan sejarah Singapura yang difahami ramai bermula dengan ketibaan Sir Stamford Raffles dan teman senegerinya, William Farquhar. Dilihat sebagai karya formatif Ho, Utama mempersoalkan sejarah melalui kanta seni. Ia menjadi asas bagi menyelidiki cara sejarah ditulis. Pada pendapat pelukis ini, sejarah tertakluk kepada perubahan. Utama menandakan titik perubahan penting dalam sejarah seni terbaru di Singapura. Media Berkaitan Kisah Sang Nila Utama yang tinggal di Bentan. [...] Setelah Sang Nila Utama dengan pengiring beliau sampai di darat, lalu berehat di daratan berdekatan dengan muara sungai Temasek. Di sana mereka terlihat seekor haiwan yang amat pantas dan cantik, badannya berwarna merah, kepalanya hitam dan dadanya putih, sungguh tangkas dan kuat serta besar sedikit daripada kambing jantan. Apabila ia melihat ramai manusia di situ, ia pun berlalu dan hilang dari pandangan. Sang Nila Utama bertanya apakah haiwan itu, tetapi tiada seorang pun yang dapat menjawabnya, sehinggalah beliau bertanyakan Demang Lebar Daun, yang memberitahu beliau bahawa pada zaman dahulu, singha atau singa telah digambarkan dengan cara yang sama seperti rupa haiwan itu. Ini tentulah tempat yang bagus kerana terdapat haiwan seganas dan sekuat itu. Sumber: “Kisah Sang Nila Utama yang tinggal di Bentan.” Sejarah Melayu. Diterjemahkan oleh Dr. John Leyden. London: Longman, Hurst, Rees, Orme, dan Brown, 1821, hal. 40-45.
Transcript
Share