Stop 11
Lukisan Awal Tiga Kelalang Termos
M Faizal Fadil
Artwork
211.Lukisan Awal Tiga Kelalang Termos(0:00)
0:00
0:00
Lukisan Awal Tiga Kelalang Termos oleh Faizal Fadil terdiri daripada deretan tiga kelalang logam. Penutup kelalang yang pertama tertutup. Penutup kelalang yang tengah terbuka dan kelalang terakhir tiada penutup. Kelalang terpakai ini dibeli di “Pasar Pencuri”, pasar malam yang terkenal di sepanjang Sungei Road di Singapura.
Persembahan kelalang ini kelihatan agak formal, namun rupanya bercanggah dengan tajuk yang berbunyi akademik. Ia dipersembahkan dalam keadaan asalnya, lengkap dengan kesan karat, kemik dan segalanya. Pelukis ini tidak sedikit pun mengubah rupa bentuknya.
Karya ini ialah contoh yang baik tentang pelukis Singapura yang menakrifkan seni dalam konteks setempat yang membawa pembaharuan. Ia telah dikembangkan semasa Seminar Arca selama dua minggu yang dianjurkan oleh rakan pelukisnya, Tang Da Wu di Galeri Seni Muzium Kebangsaan. Pada seminar itulah Faizal pertama kali mengetahui tentang Marcel Duchamp dan seni sedia cipta beliau.
Pada masa itu, karya ini mencetuskan perdebatan di Singapura dan di seluruh rantau mengenai idea tradisional arca. Peranan pelukis dan perbezaan antara kerja seni dan objek bukan seni telah dipersoalkan.