Stop 2
202

Portret Diri

Georgette Chen
Artwork
Lawatan audio dalam talian
Use headphones for a better listening experience and to be considerate to others.
202.Portret Diri (0:00)
0:00
0:00
Dalam potret diri dari dekat ini, Georgette Chen merenung anda dengan yakin seperti sedang berkomunikasi dengan anda. Pandangannya yang tajam dan dagu yang terangkat sedikit menunjukkan kebanggaan dan kesungguhan, lebih-lebih lagi apabila dilihat dalam konteks kehidupan peribadi beliau pada masa itu. Karya seni ini disiapkan dua tahun selepas kematian suami beliau, Eugene Chen dan penahanan beliau semasa perang di Hong Kong dan kemudiannya di Shanghai. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, Georgette dalam lukisan ini menggambarkan keyakinan dan maruah yang tinggi. Tetap setia kepada idea pemotretan beliau, Chen menggubah karya ini dengan hemat—coretan lembut untuk menggariskan garis kontur wajahnya serta beberapa warna utama untuk membezakan ronanya. Raut wajahnya dilakarkan dengan halus, dengan bibir yang merah dan pipi kemerah-merahan, berbanding gaya berus lebih kasar yang digunakan oleh beliau untuk memberi kesan yang kuat. Bulu kening yang halus melengkung, kolar Mandarin cheongsam hitam yang keras, serta sanggul beliau berwarna hitam pekat. Di sebelah kanan atas lukisan, beliau menurunkan tandatangan dengan nama keluarga beliau “Chen”, menggunakan gaya tulisan Cina yang dibaca dari atas ke bawah. Beliau mengekalkan cara ini untuk menunjukkan warisan Cina beliau, yang juga dapat dilihat pada pakaian beliau. Bukan sahaja lukisan ini kelihatan begitu hidup, malahan kita dapat mengetahui serba sedikit tentang pandangan pelukis terhadap dirinya sendiri.
Transcript
Share