Stop 1
Portret Lim Loh
Xu Beihong
Artwork
201.Portret Lim Loh (0:00)
0:00
0:00
Dalam potret oleh Xu Beihong ini, pelukis ini menggambarkan Lim Che Gee, yang juga dikenali sebagai “Lim Loh”.
Lim telah terlibat dalam pembinaan bangunan-bangunan mercu tanda seperti Victoria Memorial Hall (Dewan Peringatan Victoria), Bangunan Parlimen dan Goodwood Park Hotel. Beliau juga merupakan bapa kepada Lim Bo Seng, seorang pejuang penentang Cina yang terkenal semasa Perang Dunia kedua.
Di sini, Xu menggambarkan Lim dengan gaya yang unggul. Memenuhi hampir keseluruhan lukisan ini, Lim berdiri megah memakai pakaian Cina yang elegan. Beliau bergaya dengan kipas di tangannya, lambang golongan pujangga di negara China. Menggambarkan Lim dengan cara ini memberi penghormatan kepada beliau sebagai salah seorang perintis Singapura.
Pelukis ini merupakan salah seorang pelukis Cina yang terawal menerima latihan di Eropah. Hasilnya, beliau telah memainkan peranan besar dalam memperkenalkan teknik Barat dalam lukisan dakwat Cina. Sepanjang beliau berada di Singapura, pengaruh beliau telah dirasakan dalam kalangan pelukis, terutamanya melalui pameran beliau. Pelukis tempatan berkesempatan mempelajari dan memerhatikan cara modernisme Barat dan daya kepekaan estetik Timur dapat digabungkan.
Potret Lim Loh merupakan penghormatan terhadap kepintaran artistik Xu Beihong dan juga meraikan salah seorang perintis Singapura.