Stop 14
Conclusion
Georgette Chen
Artwork
3215.Conclusion(0:00)
0:00
0:00
Inilah portret diri terawal Chen dalam Koleksi Nasional Singapura. Ia dilukis pada tahun 1934, ketika Chen mula menjadi terkenal sebagai seorang seniman professional di Perancis. Renungan tajamnya dan ekspresi muramnya mendedahkan seorang Wanita muda yang yakin akan bakat keseniannya dan menjanjikan masa depan yang cerah.
Kesederhanaan terkawal dalam karya ini mewujudkan perasaan mesra. Chen menatap anda secara langsung dengan mata yang dikecilkan sedikit. Penggunaan warnanya dalam karya lukisan ini begitu mahir dengan bahagian berwarna putih yang digabung dengan baik menunjukkan profilnya dengan berlatar belakang ungu muda mewujudkan linkaran pudar di sekelilingnya.
Sedikit cat hijau menyerlahkan warna kulitnya. Teknik meletakkan warna berlawanan roda warna bersebelahan satu sama lain telah digunakan oleh pelukis impresionis. Di sini, warna hijhau memperhebatkan dan menyerlahkan warna asas yang digunakan untuk kulitnya dan hasilnya adalah visual yang amat hebat pada penglihatan yang menghidupkan lukisan ini.
Di sini, kita melihat cendi permulaan satu kerjaya yang baik yang beliau akan jalani dengan jaya selepas penghijrahaannya ke Malaya. Pada tahun-tahun berikutnya, Chen terus membuat pameran serata dunia di Paris, Shanghai dan New York. Bagaimanapun, hidupnya juga akan dilanda kesusahan akibat Perang Dunia Kedua dan tragedy-tragedi peribadi seperti kematian suami pertamanya.
Malah Chen mendapatkan inspirasi seninya dari pengembaraannya ke seluruh dunia, beliau akhirnya akan menetap di Sungapura, di mana beliau menikmati kesuburan kawasan tropika di sekitarnya. Portret diri ini menggambarkan Chen sebagai seseorang yang menyebarkan cinta seni di mana sahaja beliau berada—seorang artis yang benar-benar selesa di dunia.
Jika anda inin melihat lebih banyak karya Chen, anda boleh mendapatkannya di Galeri 1 DBS Singapura di Tingkat 2, Sayap Galeri Dewan Bandaraya.
Artwork details
- Artist Name
- Georgette Chen
- Full Title
- Self Portrait
- Time Period
- c. 1934
- Medium
- Oil on canvas
- Extent Dimensions (cm)
- Dimensions 2D: Image measure: 35 x 27 cm
Frame measure: 75 x 67 cm - Credit Line
- Gift of Lee Foundation. Collection of National Gallery Singapore.
- Geographic Association
- Singapore
- Accession Number
- P-0818